Amalan dan Pemakanan Semasa Berpantang

Amalan berpantang selepas bersalin sangat penting kerana ia dianggap sebagai tempoh untuk merawat dan memulihkan kembali tubuh badan. Semasa bersalin, pelbagai komplikasi terjadi kepada tubuh badan seperti kehilangan darah, rahim mengecut, hormon yang tak seimbang dan sebagainya. Jadi tempoh berpantang adalah waktu yang terbaik untuk seseorang wanita itu memulihkan kembali badannya kepada yang asal. Di sini saya akan kongsikan tentang amalan-amalan serta pemakanan yang boleh diamalkan sepanjang tempoh berpantang.

Amalan Untuk Wanita Berpantang

1) Memakai Bengkung

  • pemakaian bengkung dapat membantu mendapatkan semula bentuk badan asal serta mengurangkan pergerakan untuk membantu penyembuhan luka pada faraj.
  • terdapat pelbagai jenis jenama dan bentuk bengkung yang dijual di pasaran.

2) Bertungku

  • amalan bertungku dapat membantu mengeluarkan angin di dalam badan.
  • ia juga membantu mengecutkan rahim dan melembutkan urat-urat yang tegang.
  • ibu-ibu berpantang digalakkan bertungku setiap hari dengan pergerakan yang lembut.

3) Berurut

  • berurut ketika berpantang dapat membantu memulihkan pengaliran darah, serta membantu mengeluarkan angin.
  • selain itu ia juga dapat memulihkan sakit otot, tumit dan lutut, sendi serta saraf dan memberi ketenangan kepada si ibu.

4) Jangan banyak bergerak

  • ibu-ibu berpantang dilarang untuk bergerak dengan banyak dan lasak bagi mengelakkan luka lambat sembuh atau jahitan pada faraj terkoyak.

Pemakanan Untuk Wanita Berpantang

1) Produk tenusu rendah lemak

  • membekalkan Vitamin B, D dan protein

2) Ikan tenggiri, salmon, tuna, kacang walnut, biji labu, telur, minyak ikan dan minyak flaxseed

  • dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin
  • memperbaiki fungsi otak
  • membantu membina sistem saraf bayi

3) Buah-buahan

  • buah seperti anggur, betik dan blueberris mengandungi kandungan oksidan yang tinggi
  • buah oran mengandungi Vitamin¬† C yang tinggi

4) Sayur-sayuran (brokoli dan bayam)

  • mengandungi Vitamin A yang penting untuk mata dan kulit
  • mengandungi kalsium dan tinggi kandungan antioksida dan serat makanan

5) Daging tanpa lemak, hati, daging kambing

  • sumber penting untuk zat besi. Zat besi penting sebagai komponen sel darah merah.
  • kekurangan zat besi akan menyebabkan paras tenaga rendah.

6) Air

  • minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
  • ianya boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi tubuh badan.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Berpantang

1) Air sejuk

  • minum air sejuk semasa berpantang dipercayai akan membuatkan urat-urat badan mengembang dan membuatkan sengal-sengal badan.
  • ibu-ibu disarankan tidak meminum air ais sehingga tamat tempoh berpantang.

2) Makanan pedas dan berminyak

  • makanan pedas dan berminyak tidak digalakkan kerana untuk mengelakkan kekerapan ke tandas.
  • amalan meneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan sembelit- perkara yang sangat ditakuti wanita berpantang

3) Makanan laut yang gatal

  • makanan seafood yang boleh menyebabkan kegatalan seperti udang dan ketam perlu dielakkan semasa berpantang.
  • ini boleh menyebabkan berlaku kegatalan pada tempat luka bersalin.

4) Sayur-sayuran dan buah-buahan yang sejuk dan berangin

  • sayur-sayuran seperti kacang panjang, timun, terung, nangka dan ubi kayu adalah contoh makanan yang berangin dan sejuk.
  • ini perlu dielakkan kerana ia akan mengakibatkan perut kembung dan badan berangin.

*************************************************************************************************************

Dan sekiranya anda mencari pemakanan yang dapat menyembuhkan luka dengan lebih cepat dan memberi tenaga semasa berpantang, saya syorkan kepada anda set berpantang yang paling popular di Malaysia. Set ini sangat digemari kerana khasiatnya yang menakjubkan dan ia juga 100% daripada bahan semulajadi. 

KLIK DI SINI –> SET BERPANTANG TERBAIK

Dan jika anda ingin info yang lebih cepat, sila hubungi saya terus di nombor di bawah. 

Dan untuk info lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

SUMBER 1

SUMBER 2

SUMBER 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge