Cara Hilangkan Ruam Susu Di Muka Bayi

Hai semua..pernahkah bayi anda mengalami masalah ruam susu di muka? Masalah ini sering terjadi kepada bayi terutamanya yang baru lahir. Jika ruam susu ini tidak dirawat dengan cara yang betul, ia akan merebak menjadi lebih teruk dan membuatkan bayi tidak selesa dan kesakitan. Di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda apakah punca terjadinya ruam susu dan bagaimana untuk menghilangkannya dari muka bayi kesayangan anda.

Apa Itu Ruam Susu?

Ruam susu adalah benjolan kecil seperti jerawat putih yang muncul di kulit bayi. Perkara ini adalah tindak balas yang biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir. Kebiasaanya, ruam ini akan hilang dalam tempoh beberapa minggu sekiranya kawasan yang terkena itu sentiasa bersih dan kering. Namun jika ia masih tidak hilang, ini bermakna berlakunya alahan atau alergi pada susu lembu atau makanan yang lain. Menurut satu kajian, gejala tindak balas alahan ialah seperti muntah, sembelit dan cirit-birit.

Bagaimana Ruam Susu Terjadi?

Punca utama ruam susu terjadi adalah disebabkan oleh perubahan di dalam diet bayi anda. Bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai saluran pencernaan yang masih tidak matang dan sistem imun badan yang lemah. Mereka juga mungkin masih belum bersedia menerima diet pemakanan yang baru.

Susu lembu adalah punca utama yang sering menyebabkan masalah ruam susu di kalangan bayi.

Tips Mengelakkan Terjadinya Ruam Susu

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ruam susu:

1) Elakkan memberi susu lembu kepada bayi sekiranya terdapat tanda-tanda alahan.

2) Sekiranya bayi menyusu badan, ibu perlu mengelak dari pengambilan produk tenusu di dalam diet harian.

3) Semasa tempoh memperkenalkan makanan baru kepada bayi anda, mulakan dengan satu makanan sahaja pada suatu masa. Perhatikan tindak balas bayi sebelum beralih kepada diet yang lain. Ini dapat mengurangkan risiko alahan yang mungkin boleh terjadi kepada bayi anda.

4) Lap bersih kawasan muka bayi selepas selesai penyusuan dengan menggunakan kain yang bersih.

5) Tukar tuala dan pakaian bayi dengan kerap. Pakaian dan tuala bayi sering kotor dengan lelehan air liur dan susu bayi. Menukar dengan kerap dapat mengurangkan punca terjadinya ruam susu.

Merawat Ruam Susu Dengan Herbal Blend Shaklee

Herbal Blend boleh digunakan untuk mengurangkan dan menghilangkan masalah ruam susu di muka bayi. Bukan setakat ruam susu, malah krim ini sangat sesuai untuk semua masalah yang berkaitan dengan kulit.

Krim herbal blend tidak mengandungi steroid seperti kebanyakan krim di pasaran. Steroid walaupun dapat menyembuhkan dengan cepat, namun ia sangat berbahaya dan membuatkan kulit makin menipis.

Kenapa Herbal Blend Sangat Digemari?

Selain tidak mengandungi bahan kimia, krim ini sangat digemari kerana:

  • Baunya yang segar dan dingin, tidak berbau seperti krim hospital
  • Cepat meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak
  • Tahan lama. Satu tiub boleh tahan sehingga 6 bulan
  • Mengandungi ujian klinikal dari pakar saintis Shaklee
  • Berkesan dan tidak mengandungi bahan terlarang yang boleh merosakkan kulit
  • Bebas paraben
  • Mengandungi bahan semulajadi iaitu daun sage, ‘horse chesnut’, bunga yarrow dan rosemary.
  • Tidak berbahaya kepada bayi walaupun ditelan
  • Harga yang murah dan berkesan
  • Boleh digunakan untuk pelbagai masalah kulit yang lain seperti gigitan serangga, ubat lecur, menghilangkan parut luka, merawat tumit pecah, menghilangkan parut demam campak dan boleh digunakan sebagai losyen harian.

Testimoni Penggunaan Herbal Blend Shaklee

Bagaimana Mendapatkan Produk Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge