Tips Untuk Tambahkan Susu Badan Dengan Banyak

Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk diberikan kepada bayi terutamanya dalam tempoh 2 tahun yang pertama. Namun dalam usaha ibu untuk memberikan penyusuan yang sempurna, tentunya terdapat cabaran dan dugaan seperti pengeluaran susu yang sangat sedikit. Di sini saya kongsikan tips-tips yang ibu-ibu boleh amalkan untuk melancarkan dan menambahkan susu badan dengan banyak.

Tips Tambahkan Susu Badan

1) Sentiasa Bertenang

Emosi boleh memberi kesan terhadap pengeluaran susu badan. Ibu -ibu haruslah sentiasa bertenang dan kawal emosi terutamanya ketika sedang menyusu. Apabila badan dalam keadaan tenang, akan berlaku tindak balas hormon yang dapat membantu memperbanyakkan susu badan.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk sentiasa tenang ketika memerah atau menyusukan bayi. Anda boleh membayangkan kembali saat-saat romantis ketika berbulan madu, ketika percutian pertama dengan suami dan macam-macam lagi.

Selain itu digalakkan juga ibu-ibu memasang muzik-muzik yang tenang atau pun ayat-ayat suci Al-Quran.  Ketika memerah susu, ibu-ibu boleh melihat gambar atau video bayi serta bayangkan keletahnya yang mencuit hati.

2) Sentiasa Berfikiran Postitif

Mindset yang positif sangat penting dalam membantu pengeluaran susu badan. Ramai ibu-ibu yang mula berfikiran negatif apabila pengeluaran susu mereka berkurangan. Mereka akan risau memikirkan bayi yang tidak kenyang dan akhirnya sikap ini akan menyebabkan pengeluaran susu semakin merudum.

Sentiasa positif! Fikirkan bahawa susu anda cukup dan bayi akan kenyang. Bila fikiran kita positif, otak akan menghantar signal yang positif juga kepada kelenjar payudara. Dan serta merta, ini akan membantu penghasilan susu yang lebih banyak dan lebih lancar. Jadi tetapkan fikiran untuk sentiasa positif.

3) Fahami Konsep “supply and demand”

Apa maksud supply and demand di dalam penyusuan? Ibu-ibu harus fahami bahawa semakin banyak susu dikeluarkan, maka makin banyaklah susu yang akan dihasilkan.

Jadi, susukanlah bayi anda sekerap yang mungkin. Tiada jadual yang tetap untuk waktu penyusuan kerana kehendak bayi berbeza antara satu dengan yang lain. Maka peluklah dan dakaplah bayi anda dan susukan mereka pada bila-bila masa sahaja. Selain membuatkan perut bayi kenyang, aktiviti penyusuan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.

4) Perah Susu Badan

Untuk ibu-ibu yang bekerja, satu keperluan untuk mereka memerah susu badan dan dijadikan sebagai stok. Selain sebagai pengganti semasa ketiadaan ibu, aktiviti memerah ini juga dapat menambahkan lagi pengeluaran susu badan.

Anda boleh memerah menggunakan pam susu atau pun hanya gunakan tangan. Simpan stok susu dengan sempurna supaya ia bertahan lebih lama. Untuk memudahkan proses memerah susu, ibu-ibu boleh membuat jadual ringkas tentang masa dan kuantiti susu. Ambillah sedikit masa ketika anda bekerja untuk berhenti dan memerah susu.

5) Kosongkan Payudara

Satu lagi tips untuk memperbanyakkan susu badan ialah dengan mengosongkan payudara. Ini bermaksud selalu menyusukan bayi atau memerah susu sehingga payudara kosong. Jangan biarkan susu penuh sehingga payudara membengkak. Ini bukan sahaja akan menyebabkan kemudaratan kepada ibu, malah boleh menyebabkan penghasilan susu terjejas.

Konsep yang mudah difahami, semakin banyak ruang kosong di dalam payudara, semakin banyaklah susu yang akan dihasilkan. Jika ruang kosong itu sedikit atau pon tiada, maka sedikitlah juga susu yang terhasil. Maka, selalulah kosongkan payudara sekerap yang mungkin.

6) Banyakkan Minum Air Masak

Minumlah sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Amalan meminum air yang cukup bukan sahaja baik untuk kesihatan malah air juga merupakan ejen yang membantu melancarkan pengeluaran susu badan. Jadikan amalan membawa air kosong kemana sahaja anda pergi.

7) Makanan Perangsang Susu Badan

Dalam usaha untuk menambahkan susu badan, ibu-ibu digalakkan untuk mengamalkan makanan-makanan yang boleh merangsang pengeluaran susu atau dikenali sebagai milkbooster.

Terdapat pelbagai jenis milkbooster seperti lobak putih, kurma merah, buah longan dan sebagainya. Selain daripada sumber makanan asli, ibu-ibu juga boleh mengamalkan makanan tambahan (supplemen) yang bertindak sebagai milkbooster. Namun ketika memilih supplemen, pilihlah dengan berhati-hati supaya ianya benar-benar selamat untuk diambil.

Teknik Penyusuan Yang Betul

************************************************************************************************************

Inilah dia 7 tips dan teknik yang betul bagaimana untuk menambahkan susu badan. Semoga ianya memberi manfaat dan dapat membantu ibu-ibu di luar sana terutama yang mengalami masalah susu sedikit.

Dan jika anda inginkan kesan yang lebih cepat, anda boleh mengamalkan set makanan tambahan yang diyakini selamat, organik dan berkesan dalam menambahkan susu badan. Anda hanya perlu klik SUPPLEMEN UNTUK TAMBAHKAN SUSU BADAN atau anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

Sumber 1

Sumber 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge