Hai ibu-ibu sekalian…ada tak di kalangan anda yang menghadapi masalah anak sukar tidur lena di waktu malam, terutamya yang masih bayi? Saya yakin mesti ada kan..Bila bayi susah tidur lena, pasti sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada ibu-ibu terutamanya yang bekerjaya. Yelah, malam terpaksa berjaga dan esoknya ke tempat kerja pula.
Pelbagai ikhtiar dah dicuba namun masih tak menjadi. Oleh itu, sebelum ibu-ibu mencuba apa-apa kaedah, kenali dulu apa sebenarnya punca yang menyebabkan bayi sukar tidur di waktu malam. Kemudian boleh lah mencuba tips-tips yang akan saya berikan di dalam artikel ini.
Punca Bayi Sukar Tidur
1. Kelaparan
Seperti kanak-kanak, bayi yang kelaparan juga akan meragam apabila perutnya lapar. Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya 4 jam sekali bagi mengelakkan bayi berasa lapar.
2. Demam atau Penyakit Lain
Bayi yang demam pasti akan meragam kerana tidak selesa dan pastinya akan mengganggu tidurnya yang lena. Manakala jika bayi sering menarik atau meggosok telinga kemungkinan dia mengalami jangkitan di telinga.
Selain itu jika bayi enggan menyusu walaupun dalam kelaparan itu memberi tanda kemungkinan dia mengalami radang pada rongga mulutnya. Segeralah berjumpa doktor jika ibu-ibu melihat tanda-tanda ini pada bayi anda.
3. Perut Kembung atau Kolik
Masalah perut kembung selalu terjadi kepada bayi yang masih kecil. Jika perut mengembung atau keras, bayi akan berasa tidak selesa dan sukar untuk tidur lena. Antara punca menyebabkan perut kembung adalah kerana posisi penyusuan yang tidak betul ataupun bayi tidak disendawakan selepas menyusu.
4. Tumbuh gigi
Bayi yang sedang tumbuh gigi pasti akan sentiasa menangis kerana tidak selesa dan sakit. Selalunya ini akan menyebabkan bayi tidak mahu menyusu dan tidur lena. Ibu-ibu boleh membantu bayi anda dengan menekan perlahan gusinya bagi mengurangkan kesakitan.
5. Suasana Yang Tidak Selesa
Keadaan yang bising, panas atau pun cahaya yang terlalu terang juga boleh menyebabkan bayi sukar tidur lena.
6. Perubahan Tempat
Apabila dibawa ke tempat baru atau beralih tempat tidur, selalunya bayi akan mengalami kesukaran untuk tidur. Ini kerana bayi anda sangat peka terhadap sebarang perubahan.
7) Terlalu banyak aktiviti
Apabila terlalu banyak aktiviti di waktu siang, ini boleh menyebabkan bayi sukar tidur di waktu malam.
Tips Untuk Bayi Tidur Lena Waktu Malam
1. Susukan Bayi Dengan Tenang
Semasa bayi menunjukkan tanda-tanda untuk tidur, ibu boleh menyusukannya dengan tenang sambil memeluk dan menepuk perlahan-lahan. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan ibu dan bayi, ,malah bayi juga akan berasa tenang dan mudah untuk tidur lena.
2. Sendawakan Bayi
Selepas selesai menyusukan bayi, pastikan ibu membantunya untuk sendawa dengan menepuk belakangnya secara perlahan-lahan. Jika tidak sendawa, selalunya bayi akan kembung perut atau pun termuntah susu, yang mana boleh menjejaskan tidur si manja.
3. Tepuk Perlahan-lahan atau Dodoikannya
Jika bayi anda sudah terlena, jangan terus meninggalkannya. Tepuk secara perlahan-lahan dan terus mendodoinya buat seketika agar bayi tidak terkejut apabila ditinggalkan.
4. Suasana Tempat Tidur Yang Selesa
Pastikan tempat tidur si manja selesa dari segi cahaya dan suhu. Gunakan cahaya lampu yang malap dan suhu bilik yang tidak terlalu sejuk atau panas dan pakaikan pakaian yang diperbuat dari kain yang selesa.
5. Lakukan Urutan Lembut
Selepas mandi atau sebelum tidur, ibu-ibu boleh melakukan urutan lembut pada badan dan tapak kaki si manja. Ini akan membuatkan bayi berasa lebih selesa dan nyaman sekaligus memudahkannya untuk tidur lena. Ibu-ibu boleh menggunakan sabun dan minyak urutan yang sesuai untuk si manja anda.
Bantu Bayi Anda Tidur Lena Dengan Set Baby Shaklee
Set Baby Shaklee ini mengandungi 3 produk iaitu:
1. Shaklee Baby Gentle WashMengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.
2. Shaklee Baby Soothing LotionKekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.
3. Shaklee Baby Massage Oil
Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.
Teknik Urutan Bayi Menggunakan Set Baby Shaklee
Testimoni Pengguna Set Baby Shaklee
Bagaimana Nak Dapatkan Set Baby Shaklee?
Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:
Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:
Hamidah
Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810
Facebook : Hamidah Ahmad
FB Page : Kedai Vitamin Ummi
Instagram : Vitamin.Ummizara
Blog : vitamin-ummizara.blogspot
Pengedar Shaklee Perak
Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai