4 Sebab Kenapa Anda Perlu Mendaftar Ahli Shaklee

Hai semua..anda dah mendaftar ahli Shaklee? Jika anda pengguna tegar Shaklee, saya yakin anda pasti dah mendaftar kan. Kalau belum…boleh baca link ini untuk mengetahui bagaimana cara nak mendaftar..READ HERE

Sebenarnya menjadi ahli Shaklee ni banyak kelebihan tau, tak kisah lah anda mendaftar sebagai ahli makan sendiri atau pun untuk buat bisnes. Jadi hari ni saya nak kongsikan apa 4 SEBAB UTAMA kenapa anda PERLU MENDAFTAR AHLI SHAKLEE.

4 SEBAB UTAMA

1) Mendapat Cash Back / Bonus

– Jika di dalam satu bulan tu anda membuat pembelian dengan melebihi 150 UV, wah tahniah!! anda sebenarnya dah layak untuk mendapat Cash Bonus.

– Cash bonus akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada pertengahan bulan berikutnya, dan minimum cash bonus adalah RM23.

– Nilai Cash Bonus berbeza mengikut berapa UV yang anda kumpulkan, jadi semakin UV tinggi, nilai cash bonus pun semakin tinggi juga.

– Untuk yang masih tidak tahu, UV ni sebenarnya adalah point, dan setiap barangan Shaklee mempunyai nilai UV yang tersendiri. Anda boleh mengumpulkan seberapa banyak resit di dalam satu bulan untuk mengumpul jumlah UV. 

2) Sistem Shopping Online

– Jika anda sudah mendaftar ahli, anda akan mempunyai sistem Shaklee anda sendiri di dalam laman website Shaklee2u.

– Di dalam sistem ini, anda boleh membuat pembelian secara terus melalui online tanpa perlu pergi ke cawangan Shaklee atau ke pengedar yang lain.

– Dan anda juga boleh membeli produk Shaklee kepada rakan-rakan atau keluarga melalui laman sesawang ini.

– Melalui sistem online ini juga, anda boleh melihat jumlah UV yang anda telah kumpulkan, melihat promosi-promosi Shaklee serta maklumat terbaru dari pihak pengurusan Shaklee.

3) Penghantaran Terus Daripada Shaklee

– Bila anda sudah membuat pembelian secara online di dalam Shaklee2u, pihak Shaklee akan menguruskan tentang penghantaran barangan terus kepada pihak anda.

– Jadi jika anda berminat untuk membuat bisnes Shaklee, anda tidak perlu menyimpan stok untuk pelanggan kerana boleh membeli terus dari sistem. Ini samalah juga dengan konsep Dropship.

– Dan yang lebih menarik, melalui sistem online ini juga anda boleh memeriksa status penghantaran barangan anda dan nombor “tracking” turut dinyatakan.

– Kadar penghantaran adalah RM10 untuk seluruh Malaysia, dan tidak had kepada jumlah barangan yang dibeli. Memang bebaloi kan?

4) Tidak Perlukan Modal Untuk Berniaga

– Sekiranya anda telah mendaftar ahli dan berminat untuk memulakan bisnes dengan Shaklee, perkara terakhir anda perlu risaukan ialah modal.

– Ini kerana, di dalam bisnes Shaklee, pelanggan selalunya akan membuat pembayaran terlebih dahulu. Kemudian anda boleh mula memesan melalui sistem online dan seterusnya Shaklee akan uruskan pembungkusan dan penghantaran.

– Ramai ahli-ahli Shaklee yang pada awalnya hanya makan sendiri tetapi lama-kelamaan mula tertarik untuk berbisnes. Ini kerana mereka yakin dengan produk Shaklee serta konsep bisnes yang mudah.

Jadi sekiranya anda memang berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee, anda boleh menghubungi saya segera. Segala penerangan tentang produk dan bisnes (yang berminat) akan diterangkan oleh saya dan mentor-mentor di dalam CVG group khas untuk anda…

Untuk info lanjut, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge