5 Langkah Untuk Berjaya Di Dalam Bisnes Shaklee

Di dalam entri sebelum ini, saya telah kongsikan langkah permulaan jika anda berminat untuk membuat bisnes dengan Shaklee. Ada 3 langkah iaitu, pilih kumpulan yang betul, daftar dengan pengedar yang aktif dan terakhir, kutip ilmu dan sentiasa bertanya. Anda boleh baca selanjutnya DI SINI. Di dalam entri ini pula, saya ingin kongsikan 5 langkah yang perlu anda buat untuk memastikan bisnes Shaklee anda berjaya. Jom kita baca apa langkah-langkah tersebut.

5 Langkah Untuk Berjaya Di Dalam Shaklee

1) KONGSI (Share)

Langkah pertama, selalulah BERKONGSI tentang produk-produk Shaklee kepada kenalan anda, tak kiralah ahli keluarga, rakan-rakan mahupon melalui media sosial. Sebab itu sangat-sangat disarankan untuk anda mencuba produk Shaklee supaya dapat berkongsi tentang pengalaman sendiri. Jadikan diri anda sebagai testimoni bergerak dan jangan jemu untuk berkongsi dengan masyarakat di luar sana. Masih ramai yang tidak mengenali Shaklee dan menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkannya.

2) MENAJA (Sponsor)

Sesudah anda berkongsi, langkah kedua adalah MENAJA pelanggan-pelanggan anda untuk menjadi ahli Shaklee yang berdaftar. Tarik mereka sertai anda dan sebarkan tentang faedah-faedah yang boleh diperoleh sekiranya mereka bergelar ahli Shaklee. Kebanyakannya akan berminat disebabkan harga ahli yang lebih murah namun pasti ada diantara mereka yang akan menjadi business partner anda di kemudian hari. Carilah seberapa banyak ahli dan taja mereka menyertai Shaklee.

3) KEMBANGKAN (Grow)

Sesudah anda menaja, sekarang sampai masa untuk anda KEMBANGKAN pula perniagaan dan kumpulan anda. Bagi ahli-ahli yang berminat untuk membuat bisnes, pastikan mereka juga sentiasa guna, kongsi dan menaja ahli-ahli baharu. Dengan langkah ini, bisnes anda akan mengembang dan kumpulan juga semakin membesar. Kumpulan anda akan lebih dikenali dan lebih mudah untuk mendapat sales.

4) DUPLIKASI (Duplicate)

Setiap apa yang anda lakukan dan apa yang anda pelajari, DUPLIKASIkan kepada ahli-ahli anda. Segala ilmu yang diperturunkan oleh Upline, sebarkan pula kepada downline. Benda yang selalu anda ulang-ulang, pastinya akan menjadi lebih baik dan berkesan.

5) BIMBINGAN (Coaching)

Selalu adakan kelas BIMBINGAN untuk ahli-ahli anda. Gunakan apa sahaja medium yang sesuai, samada berjumpa terus atau pun menggunakan media sosial seperti whatsapp dan telegram. Sentiasa ingatkan mereka untuk terus mengguna, berkongsi dan menaja. Galakkan juga mereka menyertai seminar-seminar dan kelas-kelas yang dianjurkan Shaklee.

 

Inilah dia 5 langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan bisnes Shaklee anda berjaya. Komitmen sangat penting terutamanya selepas anda bergelar Leader. Dan jika anda berminat untuk berjaya dalam Shaklee, kumpulan Ummi Zara Empire adalah platform terbaik untuk anda. UZEmpire adalah salah satu team di bawah naungan Celik Vitamin Group milik Master Adilah dan Master Fahmy Suhaimi. Sebagai Leader saya akan perturunkan segala ilmu dan teknik-teknik supaya anda boleh berjaya dengan lebih cepat dan cemerlang.

Hubungi saya segera dan bertindak sekarang!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge