Bonus Beribu Dengan Shaklee, Boleh Ke?

Nak dapat bonus 4 angka? Nak buat duit hanya dari rumah? Kalau itu yang anda inginkan, saya syorkan untuk anda join saya dalam bisnes Shaklee. Kenapa Shaklee? Boleh ke Shaklee bagi bonus beribu? ha…kalau nak tahu semua jawapan tu, kena lah baca sampai habis yer..

Ganjaran Bisnes Shaklee

Sebenarnya Shaklee menawarkan ganjaran “3C” di dalam bisnesnya, iaitu Cash, Car dan Convention. Namun hari ini saya akan kongsikan dengan anda dahulu tentang ganjaran Cash (Tunai) yang sangat-sangat lumayan daripada Shaklee.

Bagaimana Nak Dapatkan Cash Dari Shaklee

Terdapat 2 cara untuk anda dapatkan Cash dengan cara yang mudah dari Shaklee, iaitu:

  1. Untung Runcit
  2. Cash Bonus

Apa Maksud Untung Runcit?

Untung runcit bermakna untung tunai yang anda dapat hasil dari perbezaan HARGA AHLI dan HARGA JUALAN. Setiap ahli yang berdaftar dengan Shaklee, anda layak untuk mendapatkan produk-produk Shaklee dengan harga yang lebih murah (~15% ke 20%). 

Apabila melakukan transaksi jualan, anda boleh jualkan semula produk tersebut dengan harga jualan yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee.

Contoh :

Produk: Vitamin A

Harga Ahli : RM83

Harga Jualan : RM103

Sekiranya anda berjaya menjual sebotol Vitamin A dengan harga jualan, anda telah layak mendapat untung runcit sebanyak RM20. Bayangkan sekiranya sebulan anda berjaya menjual 20 botol Vitamin A, untung runcit yang anda dapat sudah hampir RM400. Bagaimana pula sekiranya dicampur dengan vitamin-vitamin yang lain? Pasti lagi lumayan kan.

Setiap untung runcit yang anda dapat boleh digunakan untuk perbelanjaan harian atau gunakannya sebagai modal pusingan untuk menyimpan sedikit stok di rumah. Semuanya terpulang kepada anda!

Apa Maksud Cash Bonus

Cash Bonus adalah duit tunai yang diberikan sekiranya anda layak dan akan dibayar pada setiap pertengahan bulan. Untuk mendapatkan Cash Bonus ini, anda perlu mendapatkan jualan sekurang-kurangnya 150UV (RM480) dalam sebulan. 

Pengiraan Cash Bonus ini pulak berubah-ubah mengikut jumlah jualan dan peratus yang anda dapat, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Ini bermakna semakin tinggi jualan anda, semakin tinggi peratusan bonus yang akan anda dapat.

Bagaimana Nak Kira UV?

Setiap produk Shaklee mempunyai nilai UV yang tersendiri, contohnya:

Vitamin C Plus = 22 UV,   ESP = 37UV,   Vivix = 112UV

Semakin tinggi harga sesuatu produk, semakin tinggi nilai UV.

Mudah Ke Nak Dapatkan 4 Angka Ni?

Jika anda betul-betul fokus dalam bisnes ini, dengan mudah anda akan dapat ganjaran 4 angka ini. Yang penting anda kena fahami teknik perniagaan Shaklee dan kenali produk-produk ini dengan lebih dalam supaya pelanggan lebih yakin dengan anda.

Dan jika ganjaran “Cash” ini anda boleh dapat, jadi tidak mustahil untuk anda ganjaran C yang lain iaitu “Car” dan “Convention” menjadi milik anda.

Taknak cakap kosong, di sini saya kongsikan slip bonus saya 3 bulan yang terkini dengan Shaklee. Alhamdulillah bonus 4 angkan berjaya saya kecapi. Ini tak termasuk lagi dengan untung runcit tau. Jadi, kalau saya boleh, pastinya anda pun boleh!

Berminat Nak Sertai Bisnes Shaklee?

Sekiranya anda berminat, hubungi saya segera di talian di bawah. Saya akan tunjukkan anda langkah-langkah untuk memulakan bisnes ini dan memastikan ianya berjaya hingga mencapai bonus 4 angka.

Sertai keluarga saya ” Ummi Zara Empire” dan bersama-sama kita berjaya di dalam Shaklee!!

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge