Pengedar Shaklee Kamunting, Taiping dan Bagan Serai

Hai semua..Nama saya Hamidah bt Ahmad Yatim. Saya adalah Pengedar Sah Shaklee untuk kawasan Kamunting, Taiping, Bagan Serai serta kawasan-kawasan sekitarnya. Saya berumur 34 tahun dan kini menjadi Pengedar Shaklee secara Full Time. Saya boleh dihubungi di talian 013-5883810. Saya menyediakan perkhidmatan COD untuk kawasan Kamunting, Taiping, Simpang, Selinsing, Semanggol dan Bagan Serai. Manakala perkhidmatan pos disediakan untuk seluruh Malaysia termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia.

Bagaimana Saya Mengenali Shaklee?

Saya mula mengambil produk Shaklee pada tahun 2014 dengan tujuan untuk menambahkan susu badan. Produk pertama yang diambil ialah ESP Shaklee dan Alhamdulillah usaha untuk menambahkan susu badan memang berhasil. Pada waktu itu, saya hanya membeli dari rakan sekerja dan terus mengamalkan ESP sehingga anak putus susu badan.

Kemudian pada tahun 2015 saya berdaftar sebagai ahli Shaklee di bawah kumpulan Celik Vitamin Group. Namun pada masa itu saya hanya berdaftar sebagai ahli makan sendiri dengan tujuan untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Shaklee Effect Yang Dirasai?

Banyak kesan Shaklee Effect yang telah saya perolehi. Selepas ESP, saya turut mengambil Set Resdung, Set Kurus serta Set Kecantikan. Masalah resdung saya kini telah hilang sepenuhnya dan saya juga telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13kg dengan Set Kurus. Selain itu masalah kulit berjerawat dan berminyak semakin berkurangan dan kini kulit saya makin cerah dan sihat.

Bagaimana Berkecimpung Dalam Bisnes Shaklee?

Pada Disember 2017 saya mengambil keputusan untuk memulakan bisnes Shaklee dengan seliaan dan bimbingan dari Upline saya iaitu Master Adilah Manaf dan Master Fahmy Suhaimi. Selain itu saya turut mendapat support yang kuat dari ahli-ahli CVG yang lain. Sesungguhnya keputusan saya menyertai CVG adalah satu langkah yang tidak sia-sia.

Dan pada July 2018 saya membuat keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat swasta sebagai Jurutera dan fokus sepenuhnya kepada bisnes Shaklee saya iaitu Team UmmiZara Empire. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan sokongan yang berterusan dari family, Uplines dan rakan-rakan CVG, pada Ogos 2018 saya telah berjaya naik rank sebagai Supervisor, iaitu rank pertama dalam Shaklee.

Kini selain dari bertindak sebagai Pengedar produk Shaklee, saya juga adalah Mentor Yang Hebat untuk sesiapa yang berminat menjadikan Shaklee sebagai bisnes. Segala tunjuk ajar dan tips-tips yang saya perolehi dari Uplines serta Sidelines di dalam CVG, akan diperturunkan pula kepada anak-anak bisnes saya. Memang sangat untung sekiranya anda berdaftar di bawah Team Ummizara Empire ni, coaching dan tunjuk ajar berterusan disediakan untuk memastikan anda berjaya di dalam Shaklee.

Jadi sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau berminat untuk berbisnes, hubungi saya segera. Sekiranya anda pelanggan saya, saya akan berikan konsultasi dan tunjuk ajar sepenuhnya tentang pengambilan produk-produk Shaklee. Dan sekiranya anda adalah anak bisnes saya, saya berjanji untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik sebagai Mentor anda.

Jadi jangan tunggu lagi, hubungi saya segera ye!

 

Untuk info lanjut, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge