5 Masalah Kulit Muka Lelaki dan Petua Menghilangkannya

Masalah kulit muka bukan sahaja merunsingkan kaum wanita, malah turut menghantui kaum lelaki terutamanya yang mementingkan penampilan. Ada di kalangan lelaki yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan untuk memastikan kulit mereka sentiasa terjaga. Namun, bagi yang tidak berkemampuan, ini mungkin menjadi perkara terakhir untuk dipertimbangkan. Jadi, hari ini saya akan berkongsi tentang 5 masalah kulit muka yang sering dihadapi kaum lelaki serta petua-petua mudah yang boleh diamalkan.

5 Masalah Kulit Muka Lelaki

1) Jerawat

Kebanyakan lelaki menganggap bahawa jerawat hanya berpunca disebabkan perubahan hormon, iaitu ketika akil baligh dan remaja. Namun sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini, seperti stress, peluh, cuaca dan juga ubat-ubat seperti steroid.

2) Kesan Pencukur

Ada sesetengah kaum lelaki yang akan mengalami kulit kemerahan, bintik-bintik merah dan gatal selepas mereka bercukur. Ini mungkin terjadi disebabkan alahan pada mata pisau atau pon alah dengan sabun pencukur. Sentiasa menukar pisau yang baru dan pilih jenis pelincir atau sabun yang sesuai dengan kulit anda.

3) Lingkaran Hitam Bawah Mata

Masalah ini boleh berlaku tidak kira wanita mahupun lelaki. Ini kerana kulit di sekitar mata kita adalah lapisan yang sangat nipis dan paling mudah terjejas. Tidur yang tidak cukup serta amalan diet yang tidak sihat antara penyebab terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum air yang mencukupi.

4) Sunburn

Jika sering terdedah kepada cahaya matahari, muka akan mudah terbakar. Bagi lelaki yang berkulit cerah, kesannya lebih ketara berbanding lelaki berkulit gelap. Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda memakai sunblock yang sesuai serta gunakan topi dan kacamata.

5) Kedutan

Kedutan adalah proses normal apabila usia semakin meningkat. Proses penuaan akan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis, kering dan kurang anjal. Proses ini tidak boleh dihalang, namun kesannya boleh dicegah dari menjadi lebih teruk. Hentikan merokok, kerana merokok salah satu penyebab kedutan. Selain itu, lindungi kulit dengan krim UV yg bersesuaian dan pakai pelembap sebelum tidur.

Petua Hilangkan Masalah Kulit Muka Lelaki

1) Baking soda

Untuk masalah jerawat, anda boleh menggunakan baking soda. Baking soda sangat baik kerana ia mampu menyerap ke dalam liang pori dan membersihkannya dari mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya : Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, biarkan menjadi pes pekat. Sapukan pes ini ke seluruh muka. Kemudian bilas dengan air dan sapukan pelembap. Amalkan setiap dua hari sekali.

2) Biarkan kulit berehat

Untuk kesan bercukur pula, setelah selesai pastikan anda mencuci muka dan mengelap dengan kain yang bersih. Jangan gunakan tuala yang telah digunakan kerana ketika ini kulit sangat sensitif.

Biarkan seketika supaya kulit dapat berehat dan liang pori kembali tertutup. Jika ada luka, sapukan sedikit minyak gamat dan biarkan ia kering.

3) Hirisan timun atau tomato

Untuk kesan lingkaran gelap bawah mata, anda boleh gunakan hirisan timun atau tomato untuk kurangkan masalah ini. Tekapkan hirisan nipis timun atau tomato di atas mata semalaman atau 30 minit. Ia dapat membanti mencerahkan serta memberi kesegaran pada mata.

4) Yogurt

Yogurt boleh digunakan untuk mencerahkan kembali muka yang sunburn. Tapi pastikan anda menggunakan yogurt asli tanpa perisa. Sapukan yogurt ke seluruh muka dan biarkan sehingga ia kering dan kemudian bilas dengan air.

5) Minyak zaitun

Minyak zaitun boleh digunakan untuk mengurangkan kesan kedutan. Ia mengandungi Vitamin C, D dan E serta zat besi yang baik untuk awet muda. Sapukan minyak zaitun ke seluruh muka dan biarkan semalaman. Bilas muka keesokan harinya.

Hilangkan Masalah Kulit Muka Dengan Set Cantik Shaklee

Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk mencuba petua-petua di atas, anda boleh mengambil Set Cantik Shaklee untuk kesan yang lebih cepat dan mudah.

Vitamin E

  • Kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Mengawal keseimbangan hormon dan pengeluaran minyak dari liang kulit
  • Mengurangkan kesan jeragat

Sustain Release Vitamin C Plus

  • Membantu proses pembaikan sel kulit dan bekas-bekas jerawat serta parut.
  • Membantu pembentukan kolagen yang penting untuk keanjalan kulit.
  • Meningkatkan sistem imun badan dan menghalang penyakit.

ESP

  • Merangsang pembetukan sel kulit yang baharu dan lebih sihat, menganjalkan kulit, anti penuaan serta melembutkan kulit.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan parut jerawat.
  • Mengurangkan kesan jeragat dan mencerahkan kulit.

Collagen Powder

  • Mengecilkan liang pori, menghilangkan kedutan serta garis-garis halus.
  • Menganjalkan kulit
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat, tona tak sekata serta dapat melembapkan kulit

Hilangkan Masalah Kulit Muka Dengan Youth Shaklee

 

 

Untuk penjagaan kulit secara luaran, anda disyorkan untuk menggunakan Set Penjagaan Kulit Muka Youth. Ia dijamin bebas dari 1500 bahan kimia yang merbahaya dan diperbuat dari tumbuh-tumbuhan dan organik.

Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit serta untuk lelaki dan wanita. Untuk lebih info tentang Youth Skincare, anda boleh baca DI SINI. 

Testimoni Pengguna

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

SET KECANTIKAN

SET YOUTH SKINCARE

 

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge