Cara Hilangkan Sunburn Dengan Cepat Dan Berkesan

Apabila anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang agak lama, potensi untuk kulit anda terbakar atau sunburn lebih tinggi. Selalunya ini terjadi selepas anda pulang dari bercuti terutamanya ke pulau-pulau. Pasti sangat malu untuk pulang ke tempat kerja dengan kulit muka yang merah bak udang dibakar. Di sini saya akan kongsikan beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan kesan sunburn di muka.

Punca Terjadinya Sunburn

Sunburn akan terjadinya sekiranya kulit anda terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh 30 minit ke atas. Kulit akan terbakar, menjadi merah dan kadang kala terasa gatal. Matahari menghasilkan 3 jenis sinaran UV iaitu:

  • UVA
  • UVB
  • UVC

Sinaran UVC tidak dapat menembusi permukaan bumi, tetapi lagi dua sinaran bukan sahaja boleh menembusi pakaian, namun boleh juga masuk ke kulit anda. Kulit yang rosak adalah disebabkan oleh UVA dan UVB.

Berapa lama sunburn akan terjadi bergantung kepada:

  • Jenis kulit anda
  • Kadar sinaran matahari
  • Berapa lama tempoh anda terdedah kepada matahari

Orang yang berkulit cerah akan lebih mudah terkena sunburn kerana kandungan melanin dalam kulit mereka rendah berbanding orang berkulit gelap.

Melanin = pigmen di dalam kulit yang menentukan corak dan warna kulit. Ia juga berperanan melindungi kulit dari sinaran UV.

Gejala-gejala Sunburn

Apabila anda terkena sunburn, kulit anda bertukar kemerahan dan menyakitkan. Jika serius,muka akan bengkak dan anda akan berasa seperti demam, sakit kepala dan kepeningan.

Beberapa hari kemudian, kulit akan mula mengelupas dan berasa gatal. Ini disebabkan badan di dalam proses untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang rosak akibat matahari.

3 tahap sunburn:

  • Sunburn peringkat pertama – kulit kemerahan dan sakit
  • Sunburn peringkat kedua – terjadi gelembung berisi cecair dan rasa sakit
  • Sunburn peringkat ketiga – Jumpa doktor dengan segera

Tips Mengelakkan Sunburn

Terdapat beberapa tips untuk memastikan kulit anda sentiasa selamat semasa berada di luar:

1) Pilih waktu yang sesuai

  • Sinaran matahari paling terik di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Jika anda perlu keluar pada waktu tersebut, pilih tempat yang teduh dan terlindung matahari.

2) Pakai pakaian yang sesuai

  • Jika anda perlu keluar, pastikan memilih pakaian yang boleh melindungi sinaran matahari, seperti topi yang besar, baju dan seluar panjang dan cermin mata dengan pelindung UV.

3) Gunakan sunscreen.

  • Lindungi kulit yang terdedah dengan sunscreen yang boleh melindungi dari sinaran UVA dan UVB.
  • Sunscreen tersebut perlulah mempunyai sekurang-kurangnya SPF30.
  • Sapukan sunscreen 30 minit sebelum anda keluar. Ulangi langkah ini 2 jam sekali atau lebih kerap sekiranya anda banyak bepeluh atau jika berenang.

Beza sunscreen dan sunblock

Sunscreen = meresap ke dalam kulit dan mampu menghalang sinaran UVA. UVA boleh merosakkan kerosakan kulit yang lebih teruk berbanding UVB.

Sunblock = menghalang cahaya matahari dan memantulkan sinaran UV dari terkena kulit. Sunblock hanya beri perlindungan secara luaran dengan menghalang sinaran UVB. Sesuai digunakan untuk orang berkulit sensitif.

Petua Menghilangkan Sunburn

1) Yogurt

  • Yogurt dapat membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.
  • Gunakan yogurt yang asli (tanpa perisa) dan sapukan ke seluruh muka, Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih.

2) Green tea & madu

  • Green tea mengandungi tannins dan komponen lain yang dapat mengurangkan kesan bengkak dan pedih pada kulit.
  • Cara-caranya : Campurkan 1 sudu teh hijau dan gaul sehingga menjadi masker. Sapukan ke seluruh muka.

3) Lidah buaya 

  • Lidah buaya dapat menghilangkan sunburn dan menghilangkan rasa perit pada kulit.
  • Caranya : Sapukan gel lidah buaya pada seuruh muka. Atau anda boleh gunakan losyen kulit yang mengandungi lidah buaya.

4) Timun & Kentang

  • Timun dan kentang dapat menghilangkan bengkak dan gatal-gatal pada wajah serta menyejukkan kulit muka.
  • Caranya : Potong timun dan kentang kecil-kecil atau hancurkan menjadi masker. Sapukan ke seluruh wajah.

5) Cuka Epal

  • Cuka epal dapat menghilangkan rasa perit kulit akibat sunburn.
  • Caranya : Tuangkan cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada kulit yang sunburn

************************************************************************************************************

Anda nak hilangkan sunburn dengan lebih cepat? Saya ada satu lagi tips yang menarik untuk dikongsi dengan anda dan pastinya tips ini sangat berkesan dan berbaloi untuk dicuba. Anda hanya perlu klik – VITAMIN DAN SKINCARE KULIT SUNBURN atau jika ingin lebih cepat, hubungi sahaja saya di nombor di bawah. 

Untuk lebih info, anda boleh juga tonton video di bawah:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge