Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Hai semua..pernah dengar tentang gelaran mata panda? Bukan mata seekor panda tau..tapi gelaran ni merujuk kepada orang yang mempunyai lingkaran hitam bawah mata. Pasti tak suka kan kalau digelar macam tu.Walaupun mata hitam atau lebam ni tak menjejaskan kesihatan, tapi keadaan ini boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan tampak lebih tua dari usia yang sebenar. Oleh itu, jangan dibiarkan lingkaran hitam ini mengganggu penampilan anda. Jom kita lihat apakah tips-tips untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata  ini dengan berkesan.

Punca Terjadinya Lingkaran Hitam Bawah Mata

1) Usia

  • Semakin meningkat usia, penghasilan kolagen di dalam badan akan makin berkurangan.
  • Kekurangan kolagen ini boleh menyebabkan timbulnya tompok-tompok hitam di beberapa bahagian kulit.
  • Selain itu, tabiat berjemur di bawah sinaran matahari juga boleh menyebabkan kolagen berkurangan.

2) Faktor genetik

  • Ada sesetengah orang yang memang dilahirkan dengan kulit di bawah mata yang sangat nipis sehingga menampakkan pembuluh darah.
  • Kulit di bawah mata adalah kulit yang paling nipis di tubuh badan dengan aggaran tebal sekitar 0.5mm sahaja.

3) Kurang tidur

  • Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pengaliran darah di sekitar kantung mata tidak berjalan dengan lancar dan menyebabkan munculnya lingkaran gelap di bawah mata.

4) Gaya hidup tidak sihat

  • Tabiat merokok serta minum arak akan menyebabkan pembuluh mata lebih kelihatan di permukaan kulit.

5) Kurang minum air

  • Apabila badan tidak mendapat air yang cukup, pembuluh darah di bawah mata akan melebar dan membengkak menyebabkan mata menjadi hitam.

6) Anemia

  • Seseorang yang kekurangan zat besi / anemia akan menampakkan urat kebiruan di kawasan bawah mata.

7) Stress

  • Apabila emosi stress, kulit turut akan stress, dan hasilnya akan tergambar pada permukaan kulit.

8) Menatap skrin komputer terlalu lama

  • Tidak hanya komputer, menatap televisyen terlalu lama juga akan menyebabkan ketegangan dan kelelahan pada mata.
  • Pastikan jarak antara mata dan skrin sekurang-kurangnya 20 inci dan letakkan penapis UV bagi mengurangkan silau pada mata.

Tips Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

1) Minum air secukupnya

  • Amalkan minum 8 gelas air kosong setiap hari.
  • Apabila badan mendapat air yang cukup, ia membantu untuk menyingkirkan toksik jahat dari badan termasuklah di bawah mata.

2) Tidur yang cukup

  • Pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, sekurang-kurangnya 6 ke 8 jam sehari.
  • Tidur yang cukup akan membuatkan mata lebih segar sekaligus badan lebih cergas dan sihat.

3) Melihat pemandangan hijau

  • Tabiat memandag skrin komputer terlalu lama akan menyebabkan mata menjadi letih dan lesu.
  • Berhenti seketika, dan alihkan pandangan ke arah alam sekitar yang hijau selama 10 ke 15 minit sehari.
  • Oksigen dan ketenangan akan memberi peluang kepada mata untuk berehat.
  • Jika pemandangan yang terhad, letakkan saja tumbuhan kecil di meja kerja anda.

4) Pakai tomato dan timun sebagai eye mask

  • Caranya: Hiris tomato atau timun nipis-nipis dan tekapkan di atas mata selama 30 minit.
  • Tomato dan timun dapat mencerahkan kulit serta memberi kesegaran kepada mata yang lesu.

5) Uncang teh penyejuk mata

  • Jangan dibuang uncang teh selepas digunakan. Uncang teh boleh memberikan kesegaran pada mata.
  • Caranya : Letakkan sahaja di kawasan mata selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air suam.

6) Eye roller / eye cream

  • Amalkan penggunaan eye roller setiap pagi, petang dan malam.
  • Sentiasa bersabar untuk mendapat kesan yang optimum kerana kulit di bawah mata tersangat nipis.

Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Dengan Shaklee

Set Lingkaran Hitam Bawah Mata ini mengandungi 4 produk iaitu:

Vivix
  • Sebatian polifenol dari 4 jenis tumbuhan unik yang kaya dengan anti-oksida.
  • Anti-oksida sangat penting untuk meneutralkan balik radikal-radikal bebas dan melambatkan proses penuaan.
  • Selain bagus untuk kulit, Vivix turut membanti mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan sebagainya.
Collagen Powder
  • Berbentuk molekul kolagen yang sangat kecil dan mudah diserap ke dalam badan.
  • Pengambilan 1 sachet Collagen Powder Shaklee bersamaan berpaket-paket kolagen lain yang bermolekul besar.
  • Mengikut kajian dari saintis Shaklee, pengambilan sekurang-kurangnya 6 minggu untuk menampakkan kesan yang paling optimum.
  • Namun dari testimoni pengguna, rata-rata telah mendapat kesan positif selepas hanya 1 minggu pengambilan.
SR Vita-C Plus
  • Membantu dalam penghasilan kolagen dan menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Dapat mencerahkan kulit serta memperbaiki pigmentasi berlebihan.
  • Mengandungi anti-oksida yang dapat menghalang kemasukan radikal-radikal bebas.
Vita E- Complex
  • Mengandungi ektrak biji anggur yang sangat penting untuk pengaliran darah yang lancar dan kesihatan saluran yang baik.
  • Aliran darah yang lancar akan membantu mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Carotomax
  • Mengandungi Vitamin A yang dapat memberi perlindungan terhadap sinaran matahari dan mengurangkan pancaran pada kulit.

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge