Tips Menghilangkan Blackheads Dengan Mudah Dan Berkesan

Selain jerawat dan jeragat, masalah blackhead juga sering menghantui kebanyakan dari kita. Blackhead sering terjadi terutamanya di kawasan hidung, menampakkan seperti bintik-bintik hitam yang kecil. Walaupun blackhead ini tidak menyakitkan, namun kemunculannya dapat mencacatkan penampilan seseorang. Ikuti tips-tips yang diberikan untuk menghilangkan blackheads ini dengan cara yang mudah dan berkesan.

Apa Itu Blackhead?

Blackhead adalah benjolan kecil yang timbul di atas kulit disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Benjolan ini dipanggil blackheads kerana permukaan atasnya yang berwarna hitam. Blackhead ialah sejenis jerawat ringan yang selalunya timbul di muka, namun ia juga boleh muncul di kawasan belakang badan, dada, leher, tangan dan bahu.

Punca Terjadinya Blackhead

Punca utama terjadinya blackhead adalah disebabkan oleh liang pori yang tersumbat dengan sebum atau pun minyak. Tindak balas kimia terhadap sebum akan berlaku di bawah lapisan kulit. Melanin dioksidakan dan akan menukar liang pori yang tersumbat ini menjadi hitam.

Selain itu, blackheads juga boleh terjadi disebabkan oleh:

  • penghasilan minyak yang berlebihan di dalam badan
  • pengumpulan bakteria ‘propionibacterium acnes’ di kulit
  • perubahan hormon
  • pengambilan ubat-ubatan seperti corticosteroids, lithium dan androgens.

Simptoms Terjadinya Blackheads

Disebabkan blackheads berwarna hitam, ia sangat mudah dikesan apabila muncul di atas kulit. Walaupun ianya sedikit benjol, namun ia tidak menyakitkan seperti jerawat. Jerawat terjadi akibat pengumpulan bakteria di dalam liang pori yang menyebabkan ia kemerahan dan sakit.

Cara Menghilangkan Blackheads

1) Penggunaan produk dari farmasi

  • Terdapat pelbagai jenis ubat jerawat yang dijual di kedai ubat dan farmasi. Ada yang berbentuk krim, gel dan pelekat yang digunakan terus ke atas kulit.
  • Ubat-ubat ini mengandungi bahan seperti asid salicylic, benzoyl peroxide dan resorcinol.
  • Bahan-bahan ini akan bertindak dengan menghapuskan kuman, menghalang lebihan minyak dan memaksa kulit untuk menyingkirkan kulit mati.

2) Ubatan dari klinik

  • Jika penggunaan ubat dari farmasi tidak berkesan, anda boleh mendapatkan ubat jerawat yang lebih kuat dari klinik perubatan.
  • Ubat yang mengandungi vitamin A dapat menghalang liang pori dari tersumbat dan menghasilkan lebih banyak sel kulit yang baharu.

3) Buang secara manual

  • Dermatologists atau pakar kulit akan menggunakan alat khas untuk menanggalkan plak yang tersumbat yang menyebabkan blackheads terjadi. 

4) Pelekat berubat

  • Pelekat berubat dapat menanggalkan sebum yang tersumbat dan menanggalkan sel kulit mati yang boleh menyebabkan blackheads.
  • Pelekat berubat boleh didapati di farmasi atau dari klinik pakar kulit. 

5) Rawatan Laser

  • Rawatan laser digunakan untuk mengurangkan penghasilan minyak dan membunuh kuman.
  • Laser akan menembusi masuk ke dalam kulit dan merawat dari dalam tanpa mencederakan bahagian luar kulit.

Cara Mencegah Terjadinya Blackheads

1) Cuci muka dengan betul dan bersih

  • Pastikan anda mencuci muka selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur.
  • Mencuci muka dapat menanggalkan minyak yang melekat di kulit penyebab kepada blackheads.
  • Namun mencuci melebihi dua kali boleh menyebabkan kulit menjadi rengsa dan memburukkan keadaan blackheads.
  • Gunakan pencuci muka yang lembut dan sesuai dengan jenis kulit muka anda.

2) Cuci rambut dengan kerap

  • Cuci rambut setiap hari sekiranya ia jenis berminyak. Rambut berminyak boleh menyebabkan liang pori menjadi tersumbat.

3) Kurangkan pengambilan makanan berminyak

  • Minyak dari makanan turut menyumbang kepada masalah liang pori tersumbat.

4) Gunakan produk yang bebas minyak

  • Setiap produk yang mengandungi minyak boleh menyebabkan terjadinya blackheads. Pilih produk yang bebas minyak untuk alat solekan, losyen atau pun sunscreen.

5) Cuba produk untuk membuang sel kulit mati

  • Penggunaan masker atau skrub pengelupasan boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan masalah blackheads. Cari produk yang sesuai dengan kulit anda. 

6) Guna supplemen untuk kesihatan kulit

  • Untuk menghilangkan blackheads dengan lebih berkesan, perawatan dari dalaman adalah sangat diperlukan.
  • Pengambilan supplemen yang sesuai dan baik untuk kulit mampu mengurangkan masalah blackheads.

Supplemen Untuk Mengurangkan Masalah Blackheads

Di dalam Set Cegah Blackheads, terdapat 3 produk iaitu:

GLA COMPLEX
  • GLA Complex dapat mengurangkan masalah hormon tak seimbang yang menjadi punca kepada blackheads.
  • Selain itu, vitamin E yang terkandung di dalamnya juga dapat menegang, mencerah dan memperbaiki sel kulit yang telah rosak.
SR VITA-C PLUS
  • Vitamin C sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen yang sangat diperlukan oleh kulit.
  • Vitamin C Shaklee mengandungi teknologi Sustain Release yang membantu melepaskan vitamin ini secara berperingkat di dalam badan. Setiap sebiji vitamin C Shaklee dapat bertahan di dalam badan selama 5 jam.
CAROTOMAX
  • Selain kolagen, kulit turut memerlukan anti-oksida untuk mengurangkan risiko terjadinya blackheads.
  • Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai jerawat memiliki paras anti-oksida yang lebih rendah berbanding orang yang berkulit licin.
  • Antioksida dapat melindungi tubuh dari radikal bebas seperti pencemaran dan dapat membantu kulit menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge