Petua Hilangkan Jeragat Yang Degil

Anda mengalami masalah jeragat? Dah penat berusaha tapi jeragat masih taknak hilang?

Tidak dinafikan jeragat memang agak sukar dihilangkan jika dibandingkan dengan jerawat. Namun ianya tidak mustahil jika anda tahu cara yang betul untuk dilakukan. Di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda apakah punca jeragat itu terjadi dan petua serta tips bagaimana untuk menghilangkannya.

Apa Itu Jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti pipi, dahi, hidung dan juga sekitar mulut. Tompok kecil ini selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal menyebabkan tona kulit di wajah menjadi tidak sekata.

Orang yang berkulit cerah selalunya akan mempunyai jeragat berwarna coklat, manakala orang yang berkulit gelap akan mempunyai jeragat berwana hitam. Jeragat ini pada asalnya hanya bintik kecil tetapi lama-kelamaan ianya akan membesar sehingga memenuhi wajah anda. Selain menyebabkan tona tak sekata, jeragat juga akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap dan kusam.

Punca Terjadinya Jeragat

1. Sinaran UV

– Tona warna kulit dihasilkan oleh pigmen yang dikenali sebagai melanin. Melanin dihasilkan oleh sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat di dalam lapisan kulit dan dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran UV matahari.

– Semakin lama kita terdedah kepada UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Melanin berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Namun, apabila sel melanocytes terlalu aktif dan melanin terlalu banyak, maka sel kulit akan mudah berjeragat.

2. Usia

– Jeragat sering terjadi seiring dengan peningkatan usia. Ini kerana semakin lanjut usia, keupayaan badan untuk merawat sel kulit yang rosak menjadi semakin berkurangan.

– Kulit manusia menghasilkan kolagen untuk merawat tisu atau sel kulit yang rosak, namun penghasilan kolagen akan berkurangan mengikut usia menyebabkan kulit mudah rosak dan bermasalah.

3. Alat Kosmetik

– Penggunaan alat kosmetik yang tidak berkualiti dan mengandungi bahan kimia turut berisiko menghasilkan jeragat.

– Ini kerana terdapat sesetengah bahan di dalam alat kosmetik yang boleh menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit menyebabkan sinaran UV boleh menembusi kulit dengan mudah.

4. Perubahan Hormon

– Tahap hormon estrogen dan progesteron yang tidak normal boleh menyebabkan jeragat.

– Perubahan hormon boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan pil perancang, mengandung, atau masalah penyakit.

5. Tidur Yang Tidak Cukup

– Kekurangan tidur turut menyumbang kepada jeragat kerana memberi banyak kesan yang buruk.

– Bila tidak cukup tidur, pengaliran darah akan terjejas dan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam saluran darah. Ini akan menyebabkan kulit mengalami pigmentasi atau pun bintik hitam.

– Selain itu, kekurangan tidur juga akan menyebabkan hormon menjadi tidak stabil yang akan mengakibatkan jeragat terjadi.

6. Tekanan

РMengikut kajian, wanita akan berasa lebih tertekan dengan kehidupan  dan persekitaran mereka jika dibandingkan dengan lelaki. Ini menjadi penyebab kenapa jeragat mudah terjadi kepada kulit wanita.

Petua Menghilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

1. Lemon + Madu

  • Lemon mengandungi Vitamin C yang dapat membantu mencerahkan jeragat serta membantu sel kulit menapis sinaran UV yang merbahaya.
  • Caranya : Ambil sedikit jus lemon dan campurkan dengan 2 sudu besar madu dan kacau. Sapukan campuran ini ke atas jeragat di muka setiap malam sehingga jeragat hilang sepenuhnya.

2. Tomato

  • Tomato mengandungi sejenis aktioksida yang dipanggil lycopene. Ia sangat berguna untuk menenangkan sel kulit yang terdedah kepada UV kerana lycopene mampu menyerap ke dalam kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Caranya : Ambil sebiji tomato dan buang kulitnya. Hancurkan tomato dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan ia kering sebelum dibilas dengan air bersih. Ulang proses ini setiap hari.

3. Ubi Kentang + Lemon

  • Ubi kentang mengandungi sejenis enzim dipanggil catecholase, iaitu enzim yang sangat baik untuk kulit. Enzim ini dapat mencerahkan jeragat, melembutkan kulit dan merawat parut di wajah.
  • Caranya: Parut sebiji kentang dan perahkan jusnya. Tambahkan jus lemon ke dalam jus kentang dengan kuantiti yang sama. Sapukan campuran ini pada kawasan jeragat dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air. Ulang proses ini 2 kali seminggu.

4. Baking Soda

  • Baking soda dapat menyikngkirkan minyak, kekotoran serta sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH pada kulit.
  • Caranya: Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi pes yang tebal. Sapukan pes tersebut pada kawasan berjeragat dan biarkan beberapa minit sebelum dibasuh dengan air. Ulang proses ini 2 ke 3 kali seminggu.

Nak Hilangkan Jeragat Dengan Lebih Cepat? Jom cuba Set Jeragat Dari Shaklee.

Set Jeragat Shaklee terdiri dari dari 2 set iaitu Set Mini Pack dan Set Premium.

Set Mini Pack terdiri daripada:

  1. GLA Complex
  2. Vitamin C

Set Premium pula mengandungi :

  1. GLA Complex
  2. Vitamin C
  3. Collagen Powder
  4. Vivix

Fungsi Setiap Produk dan Set Jeragat Shaklee:

GLA Complex
  • Membantu menstabilkan hormon yang menjadi punca jeragat berlaku. Kandungan Vitamin E di dalam GLA juga membantu memudarkan jeragat.
Vitamin C
  • Bertindak sebagai anti-oksida yang merawat sel dari dalam dan memudarkan jeragat pada kulit wajah.
  • Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit wajah.
Collagen Powder
  • Mengandungi kolagen yang sangat baik untuk merawat sel kulit yang rosak. Collagen Powder dapat mengembalikan kecerahan kulit secara keseluruhan seawal 8 minggu penggunaan.
Vivix
  • Bertindak sebagai anti-oksida yang terbaik untuk merawat sel kulit dari dalam. Vivix juga dapat merawat dan memperbaiki sel kulit yang rosak penyebab kepada jeragat. Kesan penggunaan Vivix ini sangat pantas jika dibandingkan dengan produk anti-oksida lain yang terdapat di pasaran.

Testimoni Set Jeragat Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Jeragat ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Set Mini Pack

Set Premium

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge