7 Punca Jerawat Terjadi dan Cara Mengatasinya

Jerawat? satu perkataan yang sangat tidak disukai kebanyakan dari kita. Bila timbul jerawat di muka, mula lah rasa susah hati dan tercari-cari petua atau kaedah nak hilangkannya. Ada yang sukakan cara tradisional dan ada yang suka gunakan kaedah moden. Sebenarnya terdapat banyak punca-punca yang boleh menyebabkan jerawat terjadi. Jadi, di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda 7 punca yang menyebabkan jerawat terjadi dan bagaimana cara mengatasinya.

7 Punca Jerawat Terjadi

1) Hormon
  • Ketika seseorang itu memasuki alam baligh, perubahan hormon akan berlaku di kelenjar sebaceous yang boleh menjadi punca kepada jerawat.
  • Bila kelenjar ini mengembang, minyak atau sebum yang berlebihan akan dikeluarkan dengan pengaruh oleh hormon androgen.
  • Disebabkan inilah, ramai di kalangan remaja yang mengalami masalah jerawat, namun ianya akan berkurangan semasa mereka meningkat dewasa.
2) Stress / Tekanan
  • Stress akan memberi kesan kepada kulit muka dan menyebabkan keradangan jerawat yang teruk.
  • Semasa stress, hormon andrenalin dan androgen akan dikeluarkan secara berlebihan dan menjadi punca kepada timbulnya jerawat di muka. 
3) Kebersihan Kulit Muka
  • Pencemaran alam sekitar seperti asap kenderaan, asap rokok serta debu juga boleh menyumbang kepada terjadinya jerawat.
  • Pencemaran ini akan melekat di kulit muka dan menyebabkan liang-liang roma tersumbat dengan kekotoran.
  • Selain itu, tabiat mencuci muka dengan tidak sempurna juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat.
4) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
  • Tabiat seperti kurang minum air kosong, merokok, pemakanan yang tidak seimbang, turut menyebabkan jerawat terjadi.
  • Selain itu, terdapat juga beberapa jenis penyakit-penyakit kronik yang boleh menyebabkan jerawat naik di muka. 
5) Pemakanan
  • Pemakanan akan mempengaruhi kesihatan kulit seseorang.
  • Pemakanan yang berlemak akan menghasilkan minyak / sebum yang berlebihan.
  • Pemakanan yang bergoreng pula akan menyebabkan kulit muka seseorang menjadi bertambah berminyak.
  • Untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik, pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dimasukkan di dalam diet seharian. 
6) Solekan Yang Berlebihan
  • Penggunaan alat solek yang berlebihan serta tidak dibersihkan dengan sempurna turut boleh menyebabkan jerawat terjadi.
  • Liang-liang pori boleh tersumbat dengan solekan yang tidak dibersihkan.
  • Selain itu, pemilihan alat solek yang tidak sesuai dengan kulit wajah juga akan menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak di muka. 
7) Jenis Kulit Muka
  • Setiap orang mempunyai jenis kulit muka yang berbeza dan boleh mempengaruhi situasi ini.
  • Orang yang kulit berminyak akan menghasilkan sebum yang berlebihan dan menyebabkan kekotoran lebih mudah melekat di kulit muka
  • Kekotoran ini seterusnya akan menyebabkan liang pori tersumbat dan menjadi punca kepada jerawat.

Cara Mengatasi Jerawat Cara Tradisional

1) Lemon
  • Lemon dipercayai dapat mengurangkan radang dan bengkak akibat jerawat.
  • Lemon mengandungi antioksidan, flavanoid dan vitamin C. Antioksidan boleh mencegah jerawat bengkak disebabkan kekurangan zat radikal bebas.
  • Cara-caranya : Perah lemon dan ambil jusnya. Sapukan jus lemon ke seluruh muka. Lakukan di malam hari ketika hendak tidur.
2) Masker Tomato
  • Tomato mengandungi vitamin C dan antioksidan yang sangat bagus untuk merawat jerawat dan mengecilkan liang pori muka.
  • Selain itu tomato juga dapat mencegah jerawat muncul kembali di muka.
  • Cara-caranya : Hancurkan sebiji tomato sehingga halus dan sapukan ke seluruh muka. Masker tomato ini akan membuatkan kulit menjadi lebih bersih dan berseri. Ulang kaedah ini hanya 2 kali seminggu. Penggunaan masker tomato yang berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan sensitif.
3) Masker Kunyit
  • Kunyit dipercayai dapat menyembuhkan luka jerawat dengan cepat.
  • Kunyit mengandungi bahan anti-bakteria yang boleh menyembuhkan jerawat dan membuatkan muka lebih bersinar dan segar.
  • Cara-caranya : Ambil beberapa sudu serbuk kunyit dan campurkan dengan minyak kelapa atau minyak zaitun. Sapu masker ini ke seluruh muka ketika hendak tidur dan basuh keesokan harinya. Ulang proses ini 2 kali seminggu.
4) Putih Telur
  • Putih telur adalah sumber protein yang boleh menyembuhkan luka jerawat dengan cepat.
  • Cara-caranya : Asingkan kuning dan putih telur. Menggunakan kapas muka, oleskan putih telur di kawasan berjerawat. Lakukan proses ini di waktu malam sebelum tidur.
5) Madu dan Kulit Kayu Manis
  • Madu dan kulit kayu manis mengandungi zat aktif yang berfungsi membunuh kuman dan bakteria yang terdapat di kulit.
  • Selain itu, kandungan minyak essential pada kulit kayu manis boleh menghalang pertumbuhan kuman.
  • Bahan-bahan ini sangat berkesan untuk menghilangkan semua punca yang menyebabkan jerawat.
  • Cara-caranya : Ambil 2 sudu serbuk kayu manis dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan madu sehingga membentuk pes. Sapukan pes ke seluruh muka di malam hari dan cuci keesokannya dengan air suam. Ulang langkah ini setiap malam.

Cara Merawat Jerawat Menggunakan Supplemen Shaklee

Di dalam set Nyah Jerawat ini terdapat 3 produk iaitu,

1) GLA Complex
  • Mengawal dan menstabilkan hormon
  • Mengurangkan minyak di muka dan mengecutkan jerawat
  • Mencerahkan parut kesan jerawat kerana mengandungi Vitamin E
  • Mengurangkan rasa sakit dan gatal jerawat
  • Memulihkan luka jerawat dengan lebih cepat
  • Menjadikan kulit muka sentiasa lembap
  • Berbentuk gel lembut, tidak berbau dan mudah ditelan
2) SR Vita-C Plus
  • Meningkatkan paras kolagen di dalam kulit
  • Mengandungi teknologi pelepasan moden yang membantu ia kekal 5 jam di dalam badan
  • Mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan mengurangkan kesan radang
  • Memudarkan kesan parut jerawat
  • Menguatkan daya imun kulit
  • Menyembuhkan luka jerawat dengan lebih cepat
3) Garlic Complex
  • Bersifat anti-bakteria dan anti-fungus
  • Mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi
  • Bertidak sebagai antibiotik melawan penyakit
  • Meningkatkan imun badan dan mengurangkan rasa sakit jerawat.

Testimoni Pengguna

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge