Punca Terjadinya Jerawat Semasa Hamil

Jerawat semasa hamil adalah satu perkara yang normal. Malah, boleh dikatakan separuh dari wanita yang hamil akan mengalami masalah ini. Dan kadang kala ianya boleh menjadi sangat kronik. Untuk menyelesaikan masalah ini agak sukar disebabkan sesetengah produk rawatan kulit boleh memberi kesan sampingan kepada kandungan dan bayi anda. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan rawatan yang benar-benar selamat dan terjamin. Sebelum itu, jom kita lihat apakah punca yang menyebabkan terjadinya jerawat yang kronik semasa hamil.

Punca Terjadinya Jerawat Semasa Hamil

Punca utama terjadinya jerawat semasa hamil adalah kerana peningkatan paras hormon semasa trimester pertama. Peningkatan hormon akan menyebabkan pengeluaran minyak semulajadi kulit juga meningkat.

Jika anda memang mempunyai sejarah kulit yang berjerawat, potensi untuk anda mengalami masalah ini menjadi lebih tinggi.

Langkah Untuk Mencegah atau Mengurangkan Jerawat

Kebiasaannya, masalah jerawat ini akan hilang setelah anda melahirkan anak. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan mengamalkan penjagaan kulit muka yang sempurna. Antara langkah-langkah yang boleh diamalkan adalah:

  • Hadkan mencuci muka dua kali sehari atau pun selepas bersenam
  • Pilih pencuci muka yang lembut, bebas minyak dan bebas alkohol
  • Gunakan tisu muka atau kain yang lembut untuk mencuci muka
  • Setelah selesai, bilas kulit muka dengan air suam. Dan lap dengan lembut sebelum memakai pelembap.
  • Cuci rambut dengan kerap. Sekiranya rambut anda jenis berminyak, cuci dan shampoo setiap hari.
  • Tukar sarung bantal dengan kerap
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan kerana banyak bakteria yang terdapat pada jari anda
  • Lapkan telefon bimbit anda sebelum diletakkan di muka.

Petua Hilangkan Jerawat Secara Alami

1) Cuka Epal

  • Campurkan 1 sudu besar cuka epal dengan 3 sudu besar air. Campuran ini akan menjadi sebagai toner yang kaya dengan enzim semulajadi dan asid alpha hidroxy dan semestinya selamat untuk ibu mengandung.
  • Gunakan kapas muka dan rendamkan dalam campuran tersebut kemudian sapu terus ke muka.

2) Lemon

  • Lemon mengandungi asid hidroksi yang membantu menghalang liang pori tersumbat dan dapat menyingkirkan sel-sel kulit yang mati.Ia sangat berkesan dalam membantu penghasilan sel kulit baharu yang lebih sihat.
  • Cara-caranya : Gunakan kapas muka dan rendam dalam jus lemon. Sapukan kapas ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 10 minit sehingga kering. Bilas dengan air sejuk.

3) Baking soda

  • Baking soda dapat membantu menyingkirkan minyak yang berlebihan di kulit muka dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat.
  • Cara-caranya : Campurkan 1 sudu baking soda dengan 1 sudu air. Sapukan campuran ini pada jerawat dan biarkan ia kering sebelum dicuci dengan air.

4) Madu

  • Madu mengandungi sifat antibakteria dan antiseptik yang dapat menyegarkan dan melembutkan kulit.
  • Cara-caranya : Sapukan madu pada jerawat dan biarkan selama 20 ke 30 minit. Bilas dengan air suam.

5) Minyak Kelapa Dara

  • Minyak kelapa dara mengandungi sifat antibakteria dan antifungus yang boleh melembutkan kulit. Ia juga sangat mudah meresap ke dalam kulit.
  • Jadikan minyak ini sebagai pelembap, dan sapukan sebelum masuk tidur.

************************************************************************************************************

Inilah dia punca-punca dan cara mengatasi jerawat secara tradisional untuk wanita yang hamil. Tapi, saya ada satu lagi kaedah yang lebih mudah dan bekesan untuk ibu-ibu hamil hilangkan masalah jerawat ni. Dan yang penting ianya memang SELAMAT tau. Nak tahu apa dia? Klik sahaja SET SKINCARE WANITA HAMIL.

Atau jika anda nak respon yang lebih cepat, hubungi sahaja saya di nombor telefon di bawah. 

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge