Tips Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka

Sebenarnya ada banyak jenis jerawat yang boleh muncul di kulit wajah. Ada jerawat batu, jerawat bernanah, jerawat nasi dan tidak ketinggalan jerawat pasir. Jerawat pasir ni kalau dari jauh memang tak perasan, tapi bila dah dekat akan terserlah kulit tu ibarat menggerutu. Dan jerawat pasir ni walaupun kecil-kecil tapi jika tak dirawat dengan betul, masih boleh meninggalkan kesan parut yang hitam. Jadi jom kita lihat apakah punca dan tips menghilangkan jerawat pasir di muka.

Punca Jerawat Pasir

1) Hormon
  • Hormon yang tidak seimbang terutamanya ketika datang haid boleh menyebabkan terjadinya jerawat pasir.
  • Ini adalah disebabkan oleh pengeluaran hormon androgen yang mengakibatkan minyak di muka dihasilkan secara berlebihan.
2) Genetik
  • sama seperti jenis jerawat yang lain, jerawat pasir juga boleh terjadi disebabkan faktor keturunan.
  • Jika anda mempunyai ibu bapa yang mengalami kulit berjerawat, kemungkinan besar anda akan mengalami benda yang sama
3) Gaya Hidup
  • Tabiat seperti tidak mencuci muka dengan betul, selalu makan makanan berminyak, makanan pedas, makanan ringan serta rehat yang tidak cukup dapat menyumbang kepada terjadinya jerawat pasir.

Tips Merawat Jerawat Pasir Secara Alami

1) Limau Nipis
  • Limau nipis mengandungi Vitamin C yang tinggi yang membantu penghasilan kolagen dan mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.
  • Ia juga mengandungi sifat anti-bakteria yang dapat menyembuhkan jerawat dengan cepat.
  • Caranya : Ambil 2 biji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus dengan sedikit air kemudian sapu campuran pada kawasan berjerawat. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air. Ulang setiap hari.
2) Tomato
  • Tomato mengandungi vitamin A, C, E, K, B1, B2, B3 dan B6 yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mendapatkan kulit yang cantik.
  • Bila liang pori mengecil, ia dapat mencegah bakteria, debu serta minyak yang berlebihan pada muka.
  • Caranya: Ambil sebiji tomato dan hiris nipis-nipis. Tampalkan hirisan tomato ke atas kawasan berjerawat dan biarkan selama 1 jam. Cuci muka dengan air bersih dan lakukan setiap hari.
3) Madu
  • Madu mengandungi antibiotik semulajadi yang dapat mencegah kuman punca kepada jerawat.
  • Caranya : Sediakan madu asli dan sapukan di kawasan muka berjerawat. Sapu sebelum masuk tidur dan biarkan hingga semalam. Kemudian bilas dengan air dan ulang proses ini setiap hari.
4) Ais batu
  • Kesan sejuk dari ais batu dapat membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan jerawat.
  • Selain itu ia juga dapat membunuh bakteria punca kepada jerawat secara beransur-ansur.
  • Caranya : Ambil seketul ais batu dan balut dengan kain bersih. Gosokkan ais batu ke kawasan kulit yang berjerawta dan ulang proses ini setiap hari.
5) Timun
  • Timun mengandungi astrigen semulajadi yang dapat mengubati jerawat sekaligus memudarkan kesan parut.
  • Selain itu ia juga dapat mengurangkan kesan bengkak akibat jerawat.
  • Caranya : Ambil sebiji timun dan hiris nipis-nipis. Tampalkan hirisan timun pada kawasan berjerawat selama 1 jam dan bilas dengan air bersih. Ulang proses ini setiap hari.

Tips Hilangkan Jerawat Pasir Dengan Shaklee

Di dalam Set Jerawat Pasir Shaklee, terdapat 3 jenis produk iaitu:

  • Vitalea
  • SR Vita-C Plus
  • ESP

Fungsi setiap produk dalam Set Jerawat Pasir Shaklee:

1. Vitalea 

– Multivitamin Shaklee yang diperkaya dengan pelbagai mineral termasuklah zink.

– Zink sangat bagus untuk:

  • mengecutkan jerawat dari dalam
  • memperbaiki radang kulit
  • membentuk kolagen
  • mempercepatkan penyembuhan luka jerawat
  • mempertingkatkan sistem imun

2. SR Vita-C Plus

  • memberi perlindungan dari sinaran UV
  • mengurangkan kesan ‘sunburn’
  • menjadikan tona kulit lebih sekata
  • membantu mencegah masalah jerawat degil
  • mengurangkan kedutan
  • membantu penghasilan kolagen dalam badan
  • menjadikan kulit lebih berseri dan anjal

3. ESP

– ESP ialah protein soya yang sangat bagus untuk membekalkan protein tanpa lemak dan tanpa kolesterol untuk badan kita.

– Selain itu, ESP juga dapat:

  • memudarkan bekas parut jerawat
  • memulihkan keradangan kulit
  • memberi tekstur yang lembut dan halus pada kulit
  • kulit akan lebih anjal dan cerah semulajadi

Testimoni Pengguna

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge