Handphone Kotor Punca Jerawat Naik, Betul Ke?

Handphone adalah satu keperluan yang sangat penting pada masa kini. Tapi tahukah anda, handphone juga boleh menjadi punca kepada jerawat terutamanya di pipi. Sebab tu, kita kena pastikan handphone selalu di lap dan sentiasa dalam keadaan yang bersih. Selain handphone yang kotor, banyak lagi punca-punca jerawat yang lain yang boleh kita atasi. Nak tahu? Jom teruskan membaca..

Punca Jerawat Di Muka

Terdapat banyak punca-punca yang boleh menyebabkan jerawat naik di muka. Dan sebenarnya, setiap kawasan di muka kita ni ada penyebabnya yang tersendiri yang boleh menyebabkan jerawat naik.

1) Jerawat di pipi

Punca utama masalah ini disebabkan oleh tangan atau handphone yang kotor. Tabiat selalu menyentuh kulit muka boleh menyebabkan jerawat kerana kadang-kadang kita tak sedar yang tangan penuh dengan kuman dan bakteria. Selain dari itu, suhu badan yang panas serta sarung bantal yang kotor turut menyebabkan jerawat mudah naik di pipi.

Cara Mengatasi : Elakkan menyentuh kulit muka dengan kerap dan pastikan skrin handphone dalam keadaan yang bersih. Cara terbaik, gunakan sahaja earphone ketika menjawab panggilan. Makan makanan yang boleh menyejukkan badan serta tukar sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.

2) Jerawat di hidung atau dahi

Bila jerawat naik di hidung atau dahi, itu petanda anda sedang stress. Tak kisahlah samada stress tentang kerjaya, rumahtangga ataupun sebab belajar. Bila stress badan akan menghasilkan lebih banyak hormon adrenaline dan akan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit. Ini akan menyebabkan jerawat mudah naik terutama di dahi dan hidung.

Cara Mengatasi : Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan produk tenusu. Kawal cara pemakanan agar masalah jerawat tidak menjadi lebih teruk. Tapi yang penting, tenangkan diri dan jangan stress!

3) Jerawat di dagu atau leher

Jerawat mudah naik di dagu dan leher terutamanya ketika wanita dalam kitaran haid. Ini kerana hormon testosterone tidak stabil dan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit. Ini akan membuatkan liang pori tersumbat dan jerawat mudah naik.

Cara Mengatasi : Seminggu sebelum haid, anda boleh menggunakan pencuci muka atau krim anti-jerawat yang mengandungi benzoyl-peroxide. Sapukan sahaja di dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga.

4) Jerawat di anak rambut

Ini selalunya terjadi pada lelaki yang gemar menggunakan minyak rambut atau pomade. Sisa bahan tersebut yang terkena pada kulit dan tidak dicuci boleh menyebabkan munculnya jerawat.

Cara Mengatasi : Elakkan menyapu minyak rambut sehingga ke kawasan anak rambut. Selalu cuci kulit jika terkena bahan-bahan seperti minyak rambut dan sebagainya/

5) Jerawat di dada atau belakang badan

Jerawat yang tumbuh di belakang badan selalunya berpunca dari pakaian dalam atau bra. Penggunaan sport bra terutamanya dari kain cotton boleh menyebabkan jerawat mudah naik. Selain itu pemakanan yang tidak seimbang turut menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Cara Mengatasi : Anda boleh bertukar kepada sport bra yang diperbuat dari bahan polyster atau micro fibre apabila bersenam. Jaga pemakanan supaya seimbang atau boleh mengamalkan oat untuk dapatkan kulit yang sihat.

6) Jerawat di bibir

Ini berpunca dari diet pemakanan yang berasid seperti lemon dan cuka. Selain itu masalah penghadaman turut menyebabkan jerawat naik di bibir.

Cara Mengatasi : Selepas makan lap bibir dengan facial wipes untuk mengelakkan sisa makanan melekat di bibir. Ini boleh mengurangkan risiko terjadinya jerawat.

*************************************************************************************************************

Sekarang anda dah tahu kan apa puncanya jerawat naik di kulit muka. Jadi, lepas ni dah boleh faham kenapa jerawat naik di dagu, di hidung, di pipi dan sebagainya. 

Tapi saya ada satu lagi yang nak dikongsi dengan anda iaitu Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Berkesan. Nak tahu macamana? Klik sahaja SET ANTI JERAWAT atau untuk respon yang lebih cepat, hubungi sahaja saya terus di nombor talian di bawah. 

 

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge