7 Sebab Kenapa Badan Memerlukan Supplemen

Hai semua…anda dah ambil supplemen hari ni? Eh kenapa tak ambil, supplemen kan baik untuk badan. Ooo..rupa-rupanya risau sebab banyak sangat benda-benda negatif yang viral tentang supplemen. Sebenarnya nak ambil supplemen ni pun, kita kena selidik dulu, dari mana ia datang, apa ramuannya. Janganlah ambil supplemen yang langsung tak ada cop KKM, ramuan pun tak jelas, memang jenis ni akan memudaratkan diri balik.

Sebenarnya jika kita mengambil supplemen yang betul, ianya sangat-sangat akan membantu tubuh badan kita mencapai tahap kesihatan yang optimum. Nak tahu kenapa? Jom saya akan kongsikan dengan anda 7 sebab kenapa tubuh badan kita memerlukan supplemen.

Apa Itu Supplemen?

Sebelum kita teruskan kepada supplemen, kita kena faham dahulu yang supplemen ini bukanlah UBAT. Supplemen Shaklee khususnya tidak dibuat untuk tujuan merawat, mendiagnos, menyembuh atau pun mencegah penyakit.

Supplemen sebenarnya bertujuan untuk mengisi lubang-lubang kosong nutrisi yang tidak mencukupi di dalam badan yang berpunca dari pelbagai punca.

7 Sebab Kenapa Badan Memerlukan Supplemen

1) Kehilangan Zat Sewaktu Proses Penyediaan Makanan
  • Proses menghiris, memotong, mengisar dan mencincang makanan di waktu penyediaan memasak boleh menyebabkan makanan tersebut kehilangan nutrisi.
  • Ditambah pula dengan cara memasak yang menggunakan suhu yang tinggi seperti menggoreng dan memanggang, akan menyebabkan lebih banyak zat yang akan hilang.
  • Kaedah memasak juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh badan dan menyebabkan pengumpulan kolesterol di dalam badan.
2) Pola Pemakanan Yang Tidak Seimbang
  • Kita disarankan untuk mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan seimbang, namun kajian menunjukkan ramai di kalangan kita yang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dalam pemakanan seharian.
  • Ini adalah punca mengapa kita sangat memerlukan supplemen untuk membantu badan mencapai tahap kesihatan yang optimum dan dapat mengurangkan risiko penyakit.
3) Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
  • Amalan harian seperti merokok, minum arak serta tidak bersenam akan menyebabkan tubuh lebih memerlukan zat gizi dan vitamin tertentu.
  • Dengan mengamalkan supplemen ia dapat menampung kekurangan zat di dalam badan, namun perlu seiring dengan pemakanan yang seimbang.
4) Pencemaran Di Sekeliling Kita
  • Persekitaran kita sering terdedah dengan pencemaran yang berpunca dari makanan, udara, air dan sebagainya. Pencemaran ini boleh menyebabkan sel-sel di dalam badan menjadi rosak.
  • Supplemen diperlukan bagi membantu badan memperbaiki semula sel-sel yang rosak dan menghasilkan sel-sel yang lebih sihat. Ini kerana tubuh badan kita tidak mampu untuk menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.
5) Untuk Memenuhi Keperluan Tubuh Badan

  • Badan kita memerlukan dos yang tinggi untuk sesetengah zat/ nutrien. Ada kalanya, pemakanan kita tidak dapat membekalkan zat yang diperlukan badan mengikut keperluannya.
  • Golongan seperti ibu mengandung, ibu menyusu, wanita yang ingin hamil, semuanya memerlukan nutrisi yang lebih dari kebiasaan.
6) Vitamin Penting Tidak Dihasilkan Sendiri Tubuh Badan
  • Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk mengekalkan kesihatan yang optimum. Di antara vitamin-vitamin tersebut ialah Vitamin A, C, D,E, K dan B.
  • Walaupun mempunyai peranan yang penting, badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.
  • Sumber pelbagai vitamin boleh diperoleh daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan juga supplemen.
7) Gangguan Penyerapan Nutrisi Daripada Makanan
  • Pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan boleh menyebabakan gangguan kepada penyerapan nutrien dari makanan oleh tubuh badan kita.
TAMBAHAN
Tahukah Anda?

Penyakit yang berleluasa pada hari ini seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan diabetes, turut dikenali sebagai “PENYAKIT GAYA HIDUP”.

Tahukah Anda?

Jika anda seorang Perokok, anda sangat memerlukan supplemen untuk melindungi tubuh badan dari kesan-kesan negatif merokok. Vitamin-vitamin seperti Vitamin B, C dan E akan Termusnah akibat kesan dari merokok. Vitamin ini sebenarnya sangat diperlukan tubuh badan untuk membantu mencegah risiko penyakit.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

1) Jaga Pemakanan Yang Seimbang

2) Bersenam dan Capai Berat Badan Yang Ideal

3) Mengamalkan Supplemen Secara Bijak

Bagaimana Memilih Supplemen Yang Betul dan Selamat?

1) Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai kajian unggul atau Landmark Study yang dijalankan ke atas penggunaan produk Shaklee selama 20 tahun.

2) Ini membuktkan bahawa pengambilan produk Shaklee tidak akan memberi kesan negatif kepada buah pinggang walaupun diamalkan selama 20 tahun.

3) Yang paling penting, pilihlah Shaklee kerana ianya terbukti Selamat, Berkesan dan Semulajadi. 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Supplemen Shaklee?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge