Punca Penyakit Kurap Dan Cara Merawatinya

Pernahkah anda dijangkiti dengan penyakit kurap? Kurap bukan sahaja menyebabkan pesakitnya tidak selesa malah boleh meninggalkan kesan parut yang menjengkelkan. Kurap akan menyebabkan pesakitnya sentiasa berasa gatal dan ini boleh menyebabkan aktiviti harian mereka terganggu. Di dalam artikel ini saya akan kongsikan apakah punca penyakit kurap dan bagaimana untuk merawatinya dengan berkesan.

Apa Itu Kurap?

Kurap atau di dalam bahasa perubatan disebut sebagai Tinea Corposis. Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat pada permukaaan kulit yang dikenali sebagai dermatophyte. Jangkitan ini akan menyebabkan pemukaan kulit tersebut membahagi dengan laju menyebabkan kulit kelihatan tebal dan bersisik.

Ada kulat yang akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan di kawasan sempadan dan normal di bahagian tengah, membentuk seakan-akan sebentuk cincin.

Punca Terjadinya Kurap

Terdapat beberapa jenis kulat yang boleh menyebabkan kurap terjadi, iaitu:

  • Trichophyton rubrum
  • Trichophyton tonsurans
  • Microsporum canis
  • Trichophyton mentagrophytes
  • Trichophyton verrucosum

Kulat ini selalunya dijumpai pada manusia dan haiwan yang telah dijangkiti. Menyentuh kawasan tersebut akan menyebabkan ia menjangkiti manusia lain dan menyebabkan kurap terjadi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan yang berlembah seperti kawasan ketiak, ari-ari dan leher.

Kulat ini juga boleh berjangkit ke kawasan tubuh badan yang lain akibat dari perbuatan menggaru menggunakan kuku yang telah dijangkiti.

Selain itu, memakai pakaian yang lembap dan tidak menyerap peluh juga akan menggalakkan pertumbuhan kurap terjadi.

Simptom-simptom Anda Dijangkiti Kurap

Perhatikan keadaan kulit anda. Sekiranya mempunyai plak kemerah-merahan dan bersisik, ini bermakna anda telah dijangkiti kurap.

Kulit menjadi sedemikian disebabkan kawasan tersebut mengalami pembahagian kulit yang lebih cepat dan menghasilkan banyak kulit mati.

Jika tidak dirawat dengan cepat, plak ini akan membesar membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya yang turut dikenali sebagai “ringworm”. 

Namun, terdapat juga beberapa penyakit kulit lain yang mempunyai simptom yang sama seperti di atas, iaitu:

Cara Mencegah Kurap Terjadi

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kurap, iaitu:

  1. Elakkan berkongsi tuala dengan pesakit kurap
  2. Pastikan badan sentiasa dalam keadaan kering
  3. Elakkan bersentuhan dengan pesakit kurap
  4. Jika bersentuhan, segeralah mencuci tangan dengan sabun
  5. Elakkan memegang haiwan yang mempunyai masalah kulit kerana dikuatiri membawa jangkitan kulat penyebab penyakit kurap.

Merawat Kurap Secara Moden

Rawatan kurap yang sering digunakan ialah menggunakan ubat krim sapuan. Tetapi jika ianya tidak berkesan, pesakit akan diberikan ubat makan berbentuk pil.

1) Jenis ubat krim:

Ubat krim yang selalu digunakan untuk membunuh kulat adalah daripada kumpulan Azole seperti:

  • Econazole
  • Ketoconazole
  • Clotrimazole
  • Miconazole

Ubat sapuan ini selalunya digunakan selama 2 minggu. Sapuan tersebut perlulah melebihi 2cm daripada kawasan sempadan kulit yang dijangkiti.

2) Ubat makan

Ubat makan akan diberikan kepada pesakit yang mengalami jangkitan kurap yang sangat besar, mempunyai masalah imun badan serta tidak memberi kesan positif kepada ubat sapuan.

Jenis ubat makan yang sering digunakan ialah:

  • Griseofulvin
  • Fluconazole
  • Itraconazole
  • Ketoconazole

Merawat Kurap Secara Tradisional

1) Bayam dan Kapur
  • Tumbuk bayam sehingga lumat dan campurkan sedikit kapur sirih.
  • Sapukan campuran pada kawasan dijangkiti kurap dan biarkan ia kering. Amalkan setiap hari.
2) Santan dan Kangkung
  • Ambil santan pekat dari sebiji kelapa tua.
  • Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk sehingga lumat.
  • Gaul santan dan kangkung dan sapukan pada kawasan berkurap. Biarkan ia kering. Amalkan setiap hari.
3) Kunyit
  • Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau.
  • Sapukan bahagian kuning kunyit tersebut di kawasan berkurap sebelum masuk tidur. Amalkan setiap malam.
4) Daun Jambu

  • Ambil 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Rebus ke dalam periuk bersama 2 liter air selama 15 minit.
  • Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa sehingga cukup untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
5) Daun Peria
  • Ambil beberapa helai daun peria dan basuh.
  • Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit berkurap. Amalkan selalu.

Merawat Kurap Dengan Supplemen Shaklee

Produk yang terdapat di dalam Set Nyah Kurap adalah:

ESP 

  • Kaya dengan protein untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan merangsang pembentukan semula kulit.

GLA Complex

  • Mengandungi minyak Borage dan Vitamin E yang dapat mengurangkan keradangan, kegatalan, dan kekeringan pada kulit yang berkurap.
  • Membantu menghilangkan kesan parut kurap dengan lebih berkesan.

Alfalfa Complex

  • Bertindak sebagai agen detoksifikasi (buang toksin) yang membantu alahan dan jangkitan pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kegatalan kulit.
  • Bersifat anti-kulat dan jika diamalkan boleh mengelakkan jangkitan kurap berulang.

Garlic Complex

  • Merupakan antibiotik semulajadi yang boleh melawan jangkitan kulat kerana bersifat anti-kulat dan dapat mengelakkan jangkitan berulang.

Herbal Blend Cream

  • Krim sapuan untuk kulit bermasalah yang dapat melegakan kegatalan, memberikan rasa nyaman dan sejuk pada kulit.

Testimoni Set Nyah Kurap Shaklee

Bagaimana Mendapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge