Ketiak Busuk? Badan Berbau? Ini Petua Menghilangkannya

Badan anda berbau? Kalau ya, ianya pasti sangat merisaukan kerana masalah ini bukan sahaja tidak menyenangkan diri sendiri, malah lebih memalukan sekiranya orang sekeliling turut terganggu dengan bau busuk tersebut. Anda mahukan penyelesaian yang mudah? Jom saya kongsikan kepada anda.

Punca Badan Berbau

1) Bakteria dalam peluh 

  • Tubuh mempunyai 2 jenis kelenjar peluh iaitu apocrine dan eccrine.

Menurut Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, peluh melalui kelenjar Eccrine bersifat tulen dan jernih seperti air. Ia tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Manakala kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

  • Kelenjar Apocrine terletak pada ketiak, lipatan paha dan payudara. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di sini bakteria lebih mudah memecah masuk protein dalam rembesan peluh, berbanding kelenjar Eccrine. Dan apabila proses ini berlaku, inilah yang akan menyebabkan bau yang busuk terhasil.

2) Toksin 

  • Jika berlakunya sembelit, sistem pencernaan tidak akan berfungsi dengan betul. Toksin akan berkumpul di dalam badan dan boleh menyebabkan bau badan yang busuk.

3) Pemakanan

  • Pengambilan kafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang putih turut berpotensi menyebabkan bau pada ketiak.

4) Masalah kesihatan

  • Masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid turut menyumbang kepada masalah ini.

5) Faktor genetik dimana kelenjar peluh sangat aktif.

6) Faktor kebersihan

  • Bau busuk pada kaki boleh terjadi akibat pemakaian kasut atau stokin yang tiada pengaliran udara sempuran dalam tempoh yang lama. Peluh pada kaki akan bercampur dengan bakteria dan mengeluarkan bau busuk.

Petua Hilangkan Bau Badan Dengan Bahan Semulajadi

1) Jus lemon dan Soda bikarbonat

  • Campurkan 1 sudu jus lemon ke dalam 1 sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air.

2) Tawas

  • tawas adalah sejenis hablir dalam bentuk batuan dan ada yang dijadikan serbuk.
  • lalukan air pada tawas dan sapukan pada ketiak.

3) Cuka Epal

  • tuangkan cuka epal dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapukan pada ketiak. Bilas cuka ketika anda mandi.  Ianya akan berbau masam pada awalnya, tapi sangat berkesan menghilangkan bau badan.

4) Air mawar

  • Sapukan air mawar pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri

5) Bedak bayi

  • apabila rasa lekit pada ketiak, terus letakkan bedak. Ia akan mengurangkan peluh yang keluar.

6) Selain dari petua di atas, penjagaan kebersihan diri perlu dititikberatkan. Anda boleh:

  • mandi dengan lebih kerap
  • pakai pakaian longgar dan dari kain kapas
  • pakai deodoran
  • pakai pewangi
  • cukur bulu pada ketiak dan bahagian kemaluan

Dah Cuba Tapi Badan Masih Berbau?

Anda boleh cuba pula Set Bau Badan Dari Shaklee ini. Bau badan sebenarnya berpunca dari dalaman, maka pengambilan supplemen ini sebenarnya amat membantu dalam menghilangkan bau badan.

1) Alfalfa Complex

  • Agen detox, penyahtoksik dan pembersih badan. Apabila badan tiada toksik, bau badan juga akan hilang.

2) Herblax

  • Membersihkan usus dari segala toksin dan kotoran. Ia dapat menghilangkan bau badan yang berpunca dari sistem pencernaan yang tidak sempurna.

3) Garlic Complex

  • Garlic Shaklee mengandungi gabungan pudina dan ekstrak rosemary yang dapat mengawal bau badan dengan berkesan.

Jadi sekiranya anda mengalami masalah ini dan sering diperli rakan-rakan akibat bau badan, saya syorkan untuk anda mencuba set dari Shaklee ini. Rawatlah masalah ini secepat yang mungkin dan bertindaklah sekarang!!

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk pembelian terus melalui Shaklee menggunakan Debit / Kredit Kad, anda hanya klik ikon di bawah

ATAU

 

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

Sumber Rujukan:

Sumber 1

Sumber 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge