Punca dan Tanda-tanda Buasir Terjadi

Pernahkah anda mengalami pendarahan semasa membuang air besar? Jangan pandang remeh masalah ini kerana kebanyakan pendarahan adalah disebabkan oleh buasir. Oleh itu dapatkan pemeriksaan segera untuk kenal pasti penyakit ini. Penyakit buasir ini jika tidak dirawat boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan kesihatan. Di sini saya akan kongsikan apakah punca dan tanda-tanda anda menghidapi buasir.

Maksud Buasir

Buasir adalah sejenis penyakit yang menyebabkan saluran darah di tempat pembuangan air besar menjadi bengkak. Kebiasaannya pesakit akan mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Jenis-jenis Buasir

Terdapat 2 jenis buasir iaitu:

1) Buasir Dalaman (Internal Haemorrhoid)

2) Buasir Luaran (External Haermorrhoid)

Kedua-dua jenis buasir ini berlaku di kawasan yang berlainan dan berpunca dari sebab yang berbeza.

Kawasan ano-rectal dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah oleh satu garisan yang dinamakan sebagai “Dentate”.

Buasir Dalaman terjadi di atas garisan dentate. Disebabkan saraf yang bersambung di bahagian tersebut adalah saraf jenis organ dalam (Visceral nerve), selalunya pesakit tidak akan berasa sakit walaupon buasir tersebut besar.

Buasir Luaran terterjadi di bawah garisan dentate. Saraf yang bersambung dengan kawasan ini adalah saraf jenis “somatic”, menyebabkan penghidapnya akan berasa sakit.

Punca Terjadinya Buasir

1) Tabiat Meneran

  • Ini adalah punca utama buasir terjadi. Tabiat meneran dalam tempoh yang lama terutamanya ketika sembelit boleh menyebabkan buasir.
  • Ketika meneran, darah di kawasan tersebut tidak akan bergerak ke saluran vena. Darah tersenut akan terkumpul menyebabkan saluran darah membengkak dan membesar.

2) Kehamilan

  • Wanita yang hamil terdedah kepada buasir disebabkan perubahan hormon yang membuatkan seluran darah disitu lebih besar berbanding sebelum hamil. Selalunya masalah buasir ini akan hilang selepas melahirkan anak.

3) Faktor keturunan

  • Sejarah keluarga yang menghidapi buasir

4) Cirit-birit yang kronik

5) Kanser usus besar

6) Pembedahan bahagian dubur

7) Faktor usia yang meningkat

Simptom-simptom Buasir

Pesakit buasir selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti:

  • Pendarahan ketika membuang air besar
  • Ketulan di kawasan dubur
  • Sakit pada ketulan tersebut
  • Jika ada jangkitan kuman, boleh menyebabkan terjadinya nanah
  • Rasa tidak selesa pada kawasan dubur

Bagaimana Pengesahan Buasir Dilakukan

Untuk memastikan samada ianya buasir atau bukan, doktor akan menggunakan alat yang dipanggil Proctoscope. Ia adalah satu alat yang digunakan untuk melihat keadaan di dalam ano-rectum.

 

Bagaimana Merawat Buasir

Kebanyakan penyakit buasor boleh sembuh dengan sendirinya atau dengan pengambilan ubat tanpa memerlukan pembedahan.

Tetapi ada kemungkinan untuk berlaku komplikasi contohnya buasir yang melibatkan darah beku (Thrombosed), jangkitan kuman, terdapat ulcer atau nanah.

Peluang untuk buasir itu kembali menyerang semula adalah 10% hingga 50% jika tanpa pembedahan. Manakala hanya 5% jika dirawat dengan pembedahan.

Kaedah Merawat Buasir

1) Pemakanan

  • pengambilan diet berserat tinggi dapat mengelakkan masalah sembelit sekaligus mengelakkan buasir terjadi.
  • pesakit digalakkan makan banyak sayur-sayuran dan kekacang serta minum air yang cukup untuk mengelakkan sembelit.
  • elakkan makanan yang mengandungi fiber yang rendah seperti roti putih, susu, keju, daging dan makanan diproses.

2) Ubat lembutkan najis

  • pengambilan ubat seperti lactulose mampu melembutkan najis dan mengelakkan masalah sembelit.

3) Pembedahan mengikat saluran darah

  • proses pembedahan ini akan menggunakan getah khas yang diikat pada saluran darah yang bengkak (rubber band ligation).
  • prosedur ini akan menyebabkan saluran darah yang diikat itu mati dengan sendirinya meninggalkan saluran darah yang normal.

4) Pembedahan membuang buasir

  • ini adalah pilihan terakhir untuk pesakit. Pembedahan selalunya mempunyai komplikasi dan memerlukan masa yang lama untuk sembuh, tetapi apabila buasir ini dibuang, ianya sukar untuk kembali menyerang.

Inilah dia 4 langkah yang anda boleh lakukan untuk mengubati masalah buasir. Namun jika buasir anda masih di peringkat awal, dan anda mahukan rawatan alternatif yang lebih mudah, saya sarankan anda mencuba Set Supplemen Buasir. Set ini diperbuat dari bahan-bahan yang organik dan sangat selamat untuk dimakan. Ramai pesakit yang telah berjaya sembuh dengan ikhtiar dari set ini. Untuk lebih lanjut, hanya klik SET SUPPLEMEN BUASIR atau untuk servis yang lebih cepat, hubungi saya sekarang juga.

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Sumber 1

Sumber 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge