Masalah Kencing Kotor dan Cara Merawatnya

Hai semua,

Pernah kah anda mendengar tentang penyakit kencing kotor? Penyakit ini sering terjadi kepada kaum wanita namun boleh juga terjadi kepada lelaki. Selalunya orang yang mengalami masalah ini akan berasa sakit ketika membuang air kecil. Selain itu mereka juga akan berasa ingin kerap kencing walaupun hanya sedikit air kencing yang dikeluarkan. Di dalam artikel ini kita akan melihat apakah punca-punca yang menyebabkan terjadinya masalah kencing kotor dan cara merawatnya dengan berkesan.

Apa Itu Kencing Kotor?

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai) dan 20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain.

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan untuk membuang segala sisa cecair.  Air kencing akan bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub kecil yang dipanggil ureter. Kemudian air kencing akan keluar dari badan melalui saluran uretra.

Penyebab Kencing Kotor

1. Jangkitan Kuman

  • Punca utama adalah disebabkan jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini selalu dihidapi wanita kerana saluran air kencing yang pendek memudahkan bakteria bergerak. Kuman yang paling kerap menjangkiti adalah Escherichia coli (E.coli).

2. Melalui Hubungan Seks

  • Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki tetapi kekerapan meminum air dapat menghindari masalah ini.

3. Masalah batu karang atau masalah pundi kencing

4. Wanita Mengandung

  • Wanita semasa mengandung menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air mereka menjadi besar.

5. Sistem Imun Badan Lemah

  • Contoh seperti pesakit HIV atau AIDS.

Gejala Penyakit Kencing Kotor

  1. Pedih semasa kencing
  2. Kerap kencing
  3. Tidak dapat mengawal kencing
  4. Kencing berbau busuk
  5. Sakit bahagian pundi kencing
  6. Kencing keruh atau berdarah
  7. Sakit ketika hubungan seks
  8. Demam, sejuk dan menggigil
  9. Sakit belakang bahagian buah pinggang
  10. Loya dan muntah
  11. Gejala radang pundi kencing
  12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanana darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Komplikasi Penyakit Kencing Kotor

Kencing kotor jika tidak dirawat dengan sebetulnya boleh menyebabkan masalah seperti:

  • Orhcitis: Jangkitan kuman pada testis
  • Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
  • Sepsis: Jangkitan kuman yang merebak dalam darah. Ia juga dikenali sebagai urosepsis

Petua Merawat Kencing Kotor

1. Minum air yang banyak

  • minum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari sehingga air kencing mejadi jernih. 

2. Pengambilan antibiotik

  • ambil antibiotik dari pakar perubatan sahaja. Antibiotik selalunya akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai simptom kencing kotor dan yang sedang mengandung.

3. Minum air barli

  • Caranya : basuh biji barli dan rebus dengan air yang banyak. Rebus selama 30 minit dengan api perlahan. Masukkan sedikit garam. Semasa hendak minum, boleh perah sedikit limau kasturi.

4. Makan buah-buahan / Minum jus

  • Buah-buahan yang elok untuk merawat kencing kotor adalah seperti cranberries, blueberries dan nenas.
  • Jus buah-buahan ini dapat mengelakkan bakteria dari melekat pada dinding permukaan pundi kencing.
  • Vitamin C dalam buah dapat membantu membunuh bakteria.

5. Minum air kelapa

  • air kelapa dapat membantu mengelakkan jangkitan pada saluran kencing terutamanya di kalangan ibu hamil

6. Makan yogurt

  • yogurt mengandungi bakteria baik dikenali probiotik. Ia dapat menghalang bakteria jahat menjangkiti saluran kencing.

Langkah Pencegahan

1. Jangan tahan kencing

  • jika terasa hendak kencing, jangan tahan dan terus ke tandas. Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan bakteria merebak di dalam pundi kencing.

2. Jaga kebersihan alat sulit

  • untuk wanita, pastikan selepas membuang air kecil, lap dari depan ke belakang untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke saluran kencing.
  • basuh tangan sebelum dan selepas mencuci alat sulit. 

3. Guna pakaian dalam yang longgar

  • Memakai pakaian dalam daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat. 

4. Buang air kencing sebelum dan selepas hubugan seks

  • untuk mengelakkan jangkitan, anda dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. 

5. Tukar tuala wanita dengan kerap

  • tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika telah kotor. Gunakan panty liner jika mengesan tanda keputihan supaya kebersihan lebih terjaga. 

6. Kurangkan kafein

  • kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein

7. Ambil vitamin C

  • amalkan pengambilan vitamin C untuk membantu melawan jangkitan kuman, terutamanya jika anda cenderung terkena jangkitan seperti demam. 

Merawat Kencing Kotor Menggunakan Supplemen Shaklee

Di dalam set Kencing Kotor Shaklee, terdapat 3 produk iaitu:

1) Garlic Complex
  • bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
  • menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman dan virus
2) SR Vita-C Plus
  • meningkatkan sistem imun badan
  • mengasidkan air kencing dan mencegah pertumbuhan bakteria dalam saluran kencing
3) Alfalfa Complex
  • tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge