Cara Menghilangkan Masalah Keputihan Dengan Berkesan

Masalah keputihan adalah masalah yang biasa terjadi di kalangan wanita. Menurut kajian, hampir 75% wanita yang berkahwin mengalami masalah ini akibat aktiviti seksual. Namun, masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran tentang masalah ini dan menganggapnya sebagai perkara yang normal dan tidak berbahaya. Di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda jenis-jenis penyakit keputihan dan bagaimana untuk menghilangkannya dengan selamat dan berkesan.

Jenis-jenis Keputihan

Keputihan ialah lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar melalui faraj wanita. Terdapat 2 jenis keputihan iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.

Keputihan Fisiologis

  • biasanya normal dan tidak menunjukkan petanda penyakit
  • sering berlaku semasa wanita dalam tempoh subur
  • lelehan lendir berwarna putih atau krim dan tidak melekat
  • tidak berbau dan gatal

Keputihan Patologik

  • bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit
  • lendir yang lebih kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau
  • berbau busuk dan menyebabkan kegatalan
  • keputihan jenis ini disebabkan oleh jangkitan kuman dan perlu dirawat segera.

Punca Terjadinya Keputihan

1) Masalah Hormon

Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan terjadinya keputihan. Terdapat beberapa punca yang boleh mengganggu kestabilan hormon, iaitu:

  • Ubat-ubatan
    • pengambilan ubat seperti antibiotik dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj mati dan menyebabkan pembiakan bakteria dan kulat.
  • Hormon estrogen
    • perembesan hormon estrogen (hormon pembiakan) pada wanita mengandung boleh menyebabkan kulat lebih mudah melekat di dinding faraj.
  • Stress
    • Stress atau tekanan akan mempengaruhi aktiviti normal otak dan penghasilan hormon yang tidak seimbang.
  • Pil perancang
    • pengambilan pil perancang boleh menyebabkan gangguan hormon di dalam badan.

2) Masalah Kebersihan

Wanita digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air yang bersih dan pastikan ia kering selepas membuang air dan selepas aktiviti seksual.

Jika berada dalam keadaan yang basah atau lembap, kulat dan bakteria akan mudah berjangkit.

3) Penyakit

Wanita yang mengalami kencing manis lebih mudah terkena masalah keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam rembesan faraj yang menyebabkan kulat mudah membiak dan tumbuh.

Selain itu, wanita yang mempunyai tahap imun badan yang rendah seperti pesakit AIDS, barah atau leukimia juga mudah untuk mendapat jangkitan faraj.

4) Gaya Hidup

Wanita yang sering bertukar pasangan dan mengamalkan aktiviti seksual yang tidak sihat akan lebih mudah mendapat jangkitan pada bahagian faraj.

Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang dibiarkan dan tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang berbahaya. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kemandulan dan potensi hamil di luar rahim, malah boleh menjadi punca kepada kanser rahim.

Cara Mencegah Keputihan

  • Sentiasa pastikan faraj berada dalam keadaan bersih dan kering
  • Sentiasa menukar pad semasa datang haid
  • Elakkan pakai seluar dalam yang ketat atau dari kain satin
  • Elakkan penggunaan pencuci faraj yang mengganggu kestabilan pH dan menyebabkan kegatalan
  • Elakkan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula
  • Basuh faraj dengan bersih dan kering selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seks
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, elakkan seks rambang
  • Jangan gunakan alat sembur atau wangian pada faraj

Hilangkan Masalah Keputihan Dengan Set Keputihan Shaklee

Selain langkah-langkah di atas, anda juga boleh mencuba Set Keputihan Shaklee untuk mengelak atau merawat masalah keputihan.

Set ini terdiri dari 3 produk iaitu:

ALFALFA COMPLEX

  • bertindak sebagai agen anti kulat yang membunuh kulat candida, iaitu punca utama kepada keputihan.
  • kaya dengan mineral surih yang membantu menyahtoksin dan meneutralkan kandungan asid dalam badan.
  • memperbaiki keadaan kulit yang sensitif, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

GARLIC COMPLEX

  • mengandungi sifat antioksidan dan antikulat yang hebat.
  • membantu meningkatkan imun badan untuk mengelakkan jangkitan kulat
  • membantu mengelakkan serangan bakteria, fungus dan parasit pada bahagian faraj.

GLA COMPLEX

  • bersifat antikulat yang membantu mengeluarkan virus dan menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron.
  • meningkatkan sistem imun badan untuk mengelakkan jangkitan kuman dan kulat

Testimoni Pengguna

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk pembelian terus melalui Shaklee menggunakan Debit / Kredit Kad, anda hanya klik ikon di bawah

ATAU

 

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

SUMBER 1

SUMBER 2

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge