3 Petua Untuk Merawat Masalah Rabun

Masalah rabun boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, dari kanak-kanak hinggalah warga tua. Jika dilihat zaman sekarang, ramai kanak-kanak telah mengalami masalah rabun dan terpakasa berkaca mata. Ramai yang menganggap masalah rabun ini tidak boleh dirawat dan perlu memakai cermin mata sehingga tua, namun sebenarnya terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah rabun dan silau ini.

Apa Itu Rabun Dekat, Rabun Jauh dan Rabun Silau?

Rabun Dekat (Hyperopia)

Keadaan di mana seseorang itu melihat objek dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas. Contoh keadaan di mana seseorang itu sukar membaca buku dan terasa cepat letih.

Rabun Jauh (Myopia)

Keadaan di mana seseorang melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek jauh kelihatan kabur. Situasi ini sering terjadi kepada kanak-kanak, di mana mereka boleh membaca buku dalam jarak dekat, tetapi pada pandangan jauh mereka terpaksa mengecilkan mata untuk fokus.

Rabun Silau (Astigmatism)

Keadaan ini selalunya terjadi waktu malam di mana pandangan menjadi kabur akibat cahaya yang dipantulkan. Situasi ini amat menyukarkan terutama kepada yang sering memandu di waktu malam.

Punca Terjadinya Rabun

Rabun Dekat

  • Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan rabun dekat iaitu, faktor keturunan dan usia. Seseorang yang berumur 40 tahun ke atas akan lebih mudah terkena rabun dekat.
  • Selain itu, punca lain adalah kerana masalah tumor di sekitar mata, diabetes dan masalah perkembangan mata sewaktu bayi di dalam kandungan lagi.
  • Dalam situasi rabun dekat, imej yang masuk ke dalam mata akan terpantul di belakang retina.
  • Ini mengakibatkan jarak dekat menjadi kabur dan mata akan jadi cepat letih.

Rabun Jauh

  • Tiada teori tepat yang boleh dikaitkan dengan masalah ini, bagaimanapun faktor keturunan boleh menyumbang kepada penyebabnya.
  • Risiko seorang anak untuk mewarisi masalah rabun jauh daripada ibu bapanya adalah sebanyak 40%.
  • Ada juga teori yang mengatakan rabun jauh disebabkan oleh tabiat seseorang yang suka membaca atau menonton televisyen pada jarak yang dekat.
  • Dalam keadaan rabun jauh, imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan depan retina.

Rabun Silau

  • Untuk situasi rabun silau, cahaya yang memasuki mata akan terfokus pada banyak tempat atau dengan kata lain mata tidak berupaya untuk fokus sebagai titik di atas retina. Objek akan kelihatan kabur dan terherot pada sebarang jarak.
  • Namun punca sebenar keadaan ini masih tidak dapat dipastikan lagi.

3 Petua Merawat Masalah Rabun

1) Makan untuk penglihatan yang lebih jelas

  • Pilih makanan yang kaya dengan Vitamin A,C dan E dan mineral seperti zink untuk memberikan nutrien asas kepada mata.
  • Banyakkan makan sayuran hijau, kuning telur, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana semua ini mengandungi antioksidan yang dapat menghalang kerosakan akibat sinaran matahari.
  • Tahukah anda bahawa pengambilan sayuran berwarna kuning dan hijau dapat mengelakkan masalah penyakit yang boleh menyebabkan mata buta.
  • Ambil juga bawang putih, bawang besar dan bawang merah kerana ia mengandungi kandungan sulfur yang membantu menghalang pembentukan katarak pada mata.
  • Buah beri dan anggur juga dapat membantu memulihkan penglihatan.
  • Asid lemak yang mengandungi DHA dan diperbuat daripada ikan air sejuk juga mampu menyokong perkembangan sel untuk mata yang sihat.

2) Lakukan senaman mata

  • Lakukan senaman mata selepas bangun tidur, sebelum tidur atau ketika mata berasa letih. Senaman ini dapat membantu mata untuk mendapatkan penglihatan yang optimal.
  • Pastikan jari dalam keadaan yang bersih dan lakukan senaman ini setiap hari selama sebulan dan rasai kesannya pada mata anda.
    1. Gosokkan tapak tangan sehingga menghasilkan haba yang panas. Tekapkan tapak tangan pada kedua-dua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali.
    2. Pusing bebola mata anda. Mulakan dengan memandang ke atas dan secara perlahan, gerakkan bebola mata mengikut arah jam sebanyak 10 kali.
    3. Pegang pen di aras bahu di hadapan anda. Fokus pandangan pada pen tersebut dan dengan perlahan-lahan dekatkan pen tersebut sehingga ke hidung dan kembalikan ia ke posisi asal semula. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
    4. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang di ibu jari dan tekan lembut penjuru dahi dan urut secara membulat sebanyak 20 kali pada arah jam dan 20 kali pada arah lawan jam. Ulang urutan di kawasan atas kening, bawah mata dan kedua belah sisi hidung.
    5. Bersandar, pejamkan mata dan rehat selama 3 minit.

3) Peruntukkan masa untuk merehatkan mata

  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Mata akan berehat sepenuhnya ketika tidur dan dapat membaiki dan memulih secara semulajadi. Tidur yang tidak mencukupi boleh menyumbang kepada penglihatan yang lemah.
  • Bagi mereka yang bekerja dengan menghadap komputer, cari masa sekurang-kurangnbya 1 jam untuk mengalihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata terlalu penat dan tidak selesa, ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata. Kesannya yang sejuk dapat memberi kelegaan kepada mata.

***********************************************************************************************************

Inilah dia 3 Petua yang anda boleh cuba untuk mengurangkan tahap rabun pada mata anda. Namun jika ianya tidak berkesan, saya ada satu lagi petua yang anda boleh amalkan kerana ianya memang sangat-sangat berkesan. Ramai pengguna sudah berjaya menurunkan kadar rabun pada mata mereka. Kalau nak tahu anda boleh klik Vitamin Untuk Mata Rabun atau untuk lebih cepat, hubungi sahaja saya di talian:

 

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Sumber 1

Sumber 2

Sumber 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge