Tips Luka Caesar Cepat Sembuh

Hai semua..artikel ini ditulis khas untuk ibu-ibu yang akan atau pun telah bersalin secara pembedahan. Seperti diketahui, terdapat 2 kaedah untuk bersalin iaitu secara normal atau pun pembedahan / caesar. Selalunya caesar akan dilakukan jika terdapat masalah berkaitan kandungan samada pada ibu atau pun bayi. Cara penjagaan selepas bersalin normal dan caesar juga berlainan. Di dalam artikel ini saya akan berkongsi mengenai tips-tips bagaimana penjagaan luka caesar yang betul supaya cepat kering dan sembuh.

Tapi sebelum itu jom kita lihat dulu fakta-fakta menarik tentang bersalin caesar.

Apakah Maksud Pembedahan Caesar?

Pembedahan caesarean (atau c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi selamat dilahirkan.

Keadaan Yang Memerlukan Pembedahan Caesar

Terdapat beberapa keadaan atau situasi yang membuatkan ibu-ibu tidak dapat bersalin secara normal dan memerlukan pembedahan, iaitu:

  1. Plasenta previa – plasenta terlalu dekat dengan serviks sehingga menutup laluan kelahiran
  2. Plasenta luruh – plasenta terpisah dari dinding rahim sebelum tiba waktu kelahiran
  3. Kehamilan songsang – posisi di mana-mana kedua-dua kaki terletak lurus dengan buku lali berada di sebelah kepala bayi
  4. Tali pusat jatuh – tali pusat terkeluar melalui serviks dan vagina sebelum bayi dilahirkan
  5. Bayi lemas (fetal distress) – kekurangan oksigen pada bayi dalam kandungan
  6. Bukaan lambat – biasanya berkaitan dengan posisi bayi, kontraksi yang lemah dan saiz pelvis ibu yang kecil
  7. Ulangan / repeat caesarian
  8. Ibu menghidapi kencing manis / darah tinggi – Kencing manis boleh menyebabkan saiz bayi yang lebih besar dari biasa. Manakala darah tinggi boleh menyebabkan plasenta tidak dapat menyalurkan jumlah darah dan oksigen yang cukup untuk bayi.
  9. Masalah tumbesaran bayi – pembesaran terbantut (IUGR) kebanyakannya mempunyai masalah mudah lemas ketika bersalin.
  10. Bayi kembar

Risiko Luka Caesar Tidak Sembuh

Proses penyembuhan luka caesar adalah lebih lama berbanding luka bersalin secara normal. Kebiasaanya ia akan mengambil masa selama 3 ke 4 minggu untuk sembuh, namun boleh menjadi lebih lama jika terdapat jangkitan kuman pada bekas luka tersebut.

Antara risiko jika luka caesar tidak dijaga dengan betul:

  • luka berdarah
  • luka menjadi gatal
  • keluar nanah dari luka
  • luka terbuka semula

Antara penyebab luka tidak sembuh:

  • terdapat jangkitan kuman
  • ibu kekurangan nutrien (terutamanya protein bagi pertumbuhan kulit)
  • ibu mempunyai kencing manis
  • ibu mengangkat benda/beban yang berat

Tips Penjagaan Luka Caesar Agar Cepat Sembuh

1. Banyakkan minum air masak

  • ibu-ibu disarankan meminum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari.
  • selain dapat pastikan luka cepat sembuh, minum air banyak juga dapat menambahkan kuantiti air susu

2. Elak membuat kerja berat

  • ibu-ibu yang baru bersalin secara caesar dilarang kerja-kerja berat seperti mengangkat air dan sebagainya.
  • elakkan memberi tekanan kepada perut supaya luka akan cepat sembuh

3. Dapatkan rehat secukupnya

  • ini adalah tips yang paling penting. Ibu-ibu yang bersalin caesar selalunya akan berasa lenguh di bahagian belakang dan kaki disebabkan kesan daripada ubat bius.
  • oleh itu ibu-ibu diwajibkan mendapatkan rehat yang cukup terutamanya dalam tempoh 2 minggu selepas bersalin

4. Jaga pemakanan

  • ibu-ibu perlu memastikan makan makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh berpantang.
  • banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan (selain buah yang tajam seperti nenas)

5. Jaga luka pembedahan

  • kawasan luka pembedahan perlu dijaga dengan rapi agar cepat kering dan sembuh.
  • selepas mandi, lap kawasan luka sehingga kering menggunakan kain khas (seperti napkin)

6. Terus berjumpa doktor jika terdapat masalah

  • jika ibu-ibu terasa sangat sakit pada kawasan pembedahan, silalah berjumpa dotor dengan segera.
  • perhatikan jika terdapat kemerahan pada luka, perut berdenyut-denyut, luka besar pada tempat caesar atau luka caesar terbuka, segeralah dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Tips Sembuhkan Luka Caesar Dengan Vivix

Bagaimana Vivix membantu menyembuhkan luka caesar?

1. Vivix adalah sumber anti-oksida yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi yang dapat membantu menyembuhkan luka caesarian.

2. Vivix membantu membaiki sel-sel sehingga ke peringkat DNA serta menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya.

3. Vivix mengandungi penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Ia dapat membantu memberi tenaga kepada ibu-ibu yang sedang berpantang. Sebab itulah ibu-ibu yang berpantang dengan Vivix akan berasa lebih cergas dan bertenaga.

4. Disebabkan Vivix membantu melambatkan proses penuaan, maka ibu berpantang yang berkulit kusam pasti akan menjadi cantik berseri-seri.

Testimoni Ibu-Ibu Yang Berpantang Dengan Vivix

 

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge