Punca Sakit Lutut Warga Emas dan Cara Merawatnya

“Kakak, mak sakit lutut la..nak sembahyang pun susah, kena duduk”..

“Ayah taknak ikut la kamu, ayah tak larat jalan ni, nanti ganggu kamu je. Ayah tinggal di rumah je la”..

Pernah tak anda mendengar dialog di atas, terutamanya datang dari golongan yang telah berusia seperti ibu dan ayah kita. Sebagai anak pasti timbul rasa sedih dan kasihan melihatkan ibu bapa yang dulunya aktif kini semakin terbatas pergerakannya. Lebih memilukan jika hendak beribadah pun menjadi makin sukar untuk mereka.

Fenomena sakit lutut di kalangan warga emas memang sudah biasa, namun sebenarnya ia masih boleh dirawat. Jadi di dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda apakah punca-punca utama Sakit Sendi / Lutut di kalangan Warga Emas dan bagaimana Cara Merawatnya.

Apa Itu Osteoarthritis @ Sakit Lutut?

Sakit lutut di dalam istilah perubatan dikenali sebagai Osteoarthritis. Ia adalah keadaan di mana sendi-sendi berasa sakit, kaku dan bengkak.

Osteoarthritis adalah salah satu penyakit sendi (arthritis) yang sering terjadi terutama golongan warga emas.

Punca Sakit Lutut

Punca utama terjadinya sakit lutut adalah disebabkan kemerosotan tulang rawan. Fungsi rawan adalah untuk mengurangkan geseran yang berlaku apabila dua tulang bersentuhan. Jadi apabila rawan makin berkurangan, maka permukaan tulang akan menjadi kasar, geseran akan berlaku dan seterusnya mengakibatkan kesakitan dan kaku sendi.

Penyebab Kepada Kemerosotan Tulang Rawan
  • Usia : risiko terkena sakit lutut/sendi ini akan meningkat terutamanya golongan berumur 50 tahun ke atas.
  • Jantina : golongan wanita lebih berisiko terkena sakit lutut berbanding lelaki.
  • Obesiti : berat badan yang berlebihan akan memberikan tekanan yang lebih kepada sendi dan berisiko terkena sakit lutut/sendi.
  • Keturunan : penyakit ini juga boleh diturunkan melalui genetik
  • Kecederaan sendi : sendi yang pernah cedera lebih mudah terkena penyakit ini.
  • Kecacatan tulang : seperti pada tulang rawan
  • Menghadapi masalah penyakit sendi
  • Akitiviti fizikal atau perkerjaan : tekanan yang berlebihan kepada sendi.

Gejala Penyakit Sendi / Lutut

Penyakit ini selalunya akan merebak secara perlahan-lahan dan menjadi semakin teruk. Antara gejala-gejala awal yang boleh dilihat ialah:

  1. Sakit sendi dan sukar bergerak terutamanya ketika bangun tidur
  2. Terdapat bunyi apabila sendi digerakkan
  3. Otot menjadi lemah
  4. Tahap kelenturan sendi berkurangan

Jika anda atau ibu bapa mengalami gejala-gejala seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Merawat Sakit Lutut Secara Semulajadi

1) Terapi Panas / Sejuk
  • Penggunaan pelapik panas boleh membantu lutut untuk berehat dan sendi menjadi lebih lentur.
  • Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dan menenangkan otot sendi.
2)  Terapi Fizikal / Fisioterapi
  • Ahli terapi akan menjalankan program senaman yang bersesuaian dengan pesakit seperti urutan dan sebagainya.
3) Menggunakan Tongkat
  • Penggunaan tongkat atau alat sokongan yang lain dapat mengurangkan tekanan kepada lutut dan mengurangkan kesakitan.
4) Mengurangkan Berat Badan ke Ideal
  • Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan yang lebih kepada sendi dan lutut. Jika pesakit tersebut obesiti dan menurunkan berat sebanyak 5%, ia dapat menghilangkan masalah sakit sendi yang dihidapi. 
5) Senaman
  • Senaman sendi dan otot penting untuk membantu memperbaiki kekuatan dan kelenturan sendi.
  • Senaman yang bersesuaian dapat membantu mengurangkan kesakitan, meningkatkan pergerakan serta mengurangkan keletihan.
  • Senaman yang paling bagus untuk pesakit sendi ialah berenang dan berjalan.
6) Berehat dan Bersantai
  • Berehat dapat menggalakkan kesihatan yang lebih baik dan mengurangkan kesakitan. Dapatkan juga tidur yang mencukupi setiap hari untuk kesihatan yang menyeluruh. 
7) Halia
  • Halia terkenal sebagai ubat sakit lutut kerana mengandungi sifat anti-radang.
  • Caranya mudah sahaja : Ambil sekeping halia yang kecil dan masukkan ke dalam secawan air. Didihkan air dan halia selama 10 minit. Kemudian tapis campuran tersebut dan campurkan sedikit madu. Amalkan meminum 2-3 cawan air halia setiap hari sehingga sakit lutut berkurangan. 
8) Garam Epsom
  • Garam epsom bagus kerana mengandungi magnesium sulfat yang boleh melegakan sakit lutut.
  • Caranya : Tambahkan setengah cawan garam epsom ke dalam air mandian yang suam dan kacau hingga garam hancur. Kemudian rendamkan lutut ke dalam air tersebut selama 15 minit. Ulang langkah ini beberapa kali dalam seminggu. 
Nota Tambahan : Perkara Yang Perlu Dielakkan Pesakit Lutut / Sendi
  • Menaiki tangga secara berlebihan
  • Membengkokkan lutut atau melutut dalam tempoh yang lama
  • Mengangkat atau menolak objek yang berat
  • Sukan yang berat seperti berjoging dan aerobik
  • Duduk di atas kerusi yang rendah
  • Stress yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas

Merawat Sakit Lutut Dengan Shaklee

VIVIX

Mengandungi resveratrol yang sangat membantu dalam mengurangkan masalah sakit lutut.

  • Mengekalkan fungsi dan struktur sendi
  • Mengurangkan faktor yang menjadi penyebab sakit lutut
  • Memperbaiki sel tisu dan struktur sendi
  • Mengatasi masalah keradangan, memperbaiki DNA dan menghalang sel rosak

OSTEMATRIX

  • Pembekal kalsium yang penting untuk tulang, otot dan ligamen.
  • Mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum ke dalam tubuh badan

OMEGA GUARD

  • Mengandungi Asid Lemak Omega 3 yang penting untuk tubuh badan. Ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • Omega 3 ini mengandungi DHA dan EPA yang dapat membantu mengurangkan keradangan, bengkak dan kesakitan.

COLLAGEN POWDER

Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung di dalam badan. Ianya terdapat di kulit, otot, tendon dan lain-lain lagi. Kolagen diperlukan untuk memperbaiki tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Selain itu ia juga mampu untuk:

  • Menyokong pergerakan agar lebih stabil
  • Memberikan kelenturan kepada sendi dan tulang
  • Mengurangkan sakit belakang

Testimoni Pengguna Set Vitamin Sakit Lutut Shaklee 

Ramai pengguna telah berjaya merawat masalah sakit lutut menggunakan Shaklee. Dan jika anda atau orang tersayang turut mengalaminya, anda boleh cuba berikhtiar menggunakan set ini. Tiada yang lebih membahagiakan selain dapat melihat ibu bapa kita kembali cergas dan boleh beribadah dengan sempurna. Mungkin sekarang waktu yang tepat untuk kita membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka.

Bagaimana Cara Mendapatkan Set Vitamin Sakit Lutut Shaklee?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge