Asyik MC Sebab Senggugut, Ini Penyelesaiannya.

Kebanyakan wanita akan mengalami kesakitan senggugut setiap bulan. Tetapi apa yang membezakan adalah tahap kesakitan tersebut. Ada yang masih boleh melakukan aktiviti seharian walaupon sedang senggugut, namun ada juga yang terpaksa mengambil cuti sakit (MC) akibat sakit yang terlalu kuat.

MC setiap bulan pastinya akan menjejaskan prestasi kerja atau pelajaran seseorang itu. Malahan pasti sangat menyeksakan untuk menanggung kesakitan setiap kali didatangi haid. Hari ini saya akan kongsikan petua-petua dan tips yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah senggugut ini.

PUNCA SENGGUGUT

Menurut WebMD, senggugut terjadi disebabkan oleh pengecutan uterus atau dikenali sebagai otot rahim. Apabila pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan sehingga menyebabkan bekalan oksigen ke rahim akan terputus. Disebabkan kekurangan oksigen, otot rahim akan berasa sakit dan kejang.

2 JENIS SENGGUGUT

1) Senggugut Primer

  • selalunya terjadinya pada remaja perempuan, tetapi tidak mempunyai patologi pada rahim setelah diperiksa doktor
  • biasanya berlaku pada 6 ke 12 bulan setelah akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.
  • tetapi senggugut jenis ini juga masih boleh berlaku pada wanita yang masih subur.

2) Senggugut Sekunder

  • selalunya terjadi akibat patologi pada rahim dan pelvis, dan sering terjadi pada wanita berumur dan yang masih subur
  • punca senggugut jenis ini adalah:
    • penyakit endometriosis – dihidapi oleh 5-15% wanita yang ada haid
    • cyst ovari dan tumor
    • fibroid (rahim bengkak) – terasa sakit ketika haid datang banyak
    • jangkitan pada rahim atau saluran rahim ke ovari (radang pelvis)
    • alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD) – sekumpulan kecil wanita berasa sakit senggugut akibat alat ini.

TANDA-TANDA SENGUGUT

1) Sakit bahagian bawah perut. Kesakitan boleh merebak ke bahagian belakang dan peha.

  • Senggugut Primer – selalunya kesakitan pada hari pertama dan kedua datang haid. Biasanya ia berlaku dalam tempoh 12 jam ke 24 jam. Kesakitan ini akan makin berkurangan apabila umur makin meningkat dan selepas bersalin.
  • Senggugut Sekunder – kesakitan seperti senggugut primer tapi berpanjangan, bermula dari hari pertama haid dan bertambah teruk. Antara tanda-tanda anda diserang senggugut primer:
    • haid yang tidak tetap
    • pendarahan yang banyak
    • lelehan dari faraj
    • sakit ketika seks

2) Sakit kepala, pening, letih dan sakit belakang

3) Loya, muntah dan cirit-birit

CARA SEMULAJADI MERAWAT SENGGUGUT

1) Jaga pemakanan

  • Elakkan pengambilan makanan berlemak tepu yang tinggi seperti daging lembu, kambing dan produk tenusu. Makanan ini boleh menyebabkan pengecutan rahim menjadi lagi kuat.
  • Elakkan pengambilan garam yang berlebihan kerana boleh menyebabkan keradangan pada rahim dan saluran fallopian.
  • Elakkan minuman berkafein dan bergas
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh ditambah dengan coklat gelap kurang manis.

2) Minum air suam dan air teh 

  • Air suam boleh melegakan otot rahim yang kejang. Ia juga membantu membuang toksin dalam badan, melancarkan pengaliran darah dan membuatkan perut rasa “kenyang”.
  • Minum air teh hijau atau teh pahit tanpa gula. Teh hijau mengandungi fenolat yang mampu melegakan kesakitan senggugut.

3) Bertuam

  • Tuaman panas mampu memberi kelegaan pada otot-oto yang tegang dan kejang.
  • Tuamkan di sekitar perut, pinggang, punggung untuk menhilangkan kesakitan
  • Jika tiada beg tuaman panas, isikan sahaja air panas di dalam botol yang sesuai.

4) Bersenam

  • Menurut Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman mampu melegakan kesakitan senggugut.
  • Senaman akan menghasilkan bahan kimia dipanggil endorphin yang mampu melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

5) Vitamin dan Minyak ikan

  • Vitamin B1 dan minyak ikan boleh melegakan kesakitan senggugut.
  • Vitamin B6 boleh melegakan tekanan emosi, kembung perut dan senggugut
  • Kalsium dan magnesium pula membantu mengelakkan pengecutan yang berlebihan pada dinding rahim.

HILANGKAN SENGGUGUT DENGAN SHAKLEE

Terdapat 3 produk di dalam Set Senggugut Shaklee:

1) GLA COMPLEX

  • GLA adalah singkatan untuk Gama Linolenik Asid yang penting untuk stabilkan hormon di dalam badan.
  • Wanita yang mengalami masalah senggugut adalah disebabkan badannya tidak dapat menukarkan asid linolenik menjadi GLA.
  • Oleh itu pengambilan GLA tambahan mampu mengurangkan masalah senggugut.

2) OSTEMATRIX

  • Semasa haid, paras kalsium menurun menyebabkan kekejangan pada otot rahim dan perut.
  • Pengambilan ostematrix¬† dapat meningkatkan keperluan kalsium yang diperlukan

3) B COMPLEX

  • Vitamin B5 membantu mengurangkan tekanan dan ianya diperlukan oleh kelenjar andrenal
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
  • Vitamin B12 membantu meringankan tekanan dan menghindarkan anemia.

TESTIMONI PENGGUNA

BAGAIMANA NAK DAPATKAN SET INI?

Untuk pembelian terus melalui Shaklee menggunakan Debit / Kredit Kad, anda hanya klik ikon di bawah

ATAU

 

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

Sumber Rujukan:

SUMBER 1

SUMBER 2

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge