Tips Hilangkan Senggugut Dengan Cepat dan Berkesan

Senggugut? Period Pain? Perkataan yang sangat sinonim dengan wanita.
Ada sesetengah wanita yang mengalami senggugut yang sangat teruk setiap bulan sehingga sukar bekerja atau belajar. Ini pasti menyusahkan kerana setiap bulan perlu memohon cuti sakit akibat dari senggugut. Jom kita lihat apakah penyebab senggugut ini terjadi dan bagaimana menghilangkannya dengan cara mudah dan berkesan.

Punca Terjadinya Senggugut

Setiap bulan semasa haid, kontraksi akan berlaku disebabkan oleh proses meluruhkan dinding rahim. Keadaan ini akan menyebabkan pembuluh darah di sekitar rahim tertekan sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindakbalas, rahim akan melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit dan nyeri.

Selain itu,  tubuh turut mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil prostaglandin. Kimia ini akan membantu otot rahim supaya terus berkontraksi. Tetapi jika prostaglandin ini berlebihan, ia akan menyebabkan berlakunya sakit kepala, loya dan cirit-birit.

7 Tips Untuk Menghilangkan Sengugut Secara Semulajadi

1) Bertungku atau Tuam Panas
  • Ini adalah cara yang mudah untuk menghilangkan senggugut. Dengan bertungku atau bertuam, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih tenang dan relaks.
  • Tungku / tuam sahaja di kawasan perut dan pinggang menggunakan penungku atau beg tuam. ”’
  • Anda boleh menggunakan botol berisi air panas jika tiada beg tuam. 
2) Jaga Pemakanan
  • Untuk menghilangkan senggugut dengan lebih cepat, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan dielakkan.
  • Perlu diambil : buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi. Digalakkan juga mengambil kekacang seperti badam dan gajus kerana mengandungi protein yang tinggi.
  • Perlu dielakkan : makanan berproses dan berminyak, gula dan garam yang berlebihan, kafein dan makanan ringan.
3) Minum air suam
  • Air suam dapat membantu membuang toksin jahat dari badan dan melancarkan peredaran darah. Ia dapat memberikan keselesaan kepada otot yang kejang.
  • Selain itu ia juga dapat memberikan tenaga dan mengelakkan anda mengambil makanan ringan kerana berasa kenyang.
4) Ambil Herba atau Supplemen
  • Menggunakan halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia di dalam segelas air suam dan jadikan teh.
  • Supplemen yang kaya dengan Omega 3, magnesium dan vitamin D juga dapat membantu mengurangkan senggugut.
5) Tukar kepada Cloth Pad atau Organic Pad
  • Ada sesetengah wanita yang sensitif terhadap bahan kimia yang terdapat di dalam tuala wanita.
  • Sebagai alternatif, boleh menukarkannya kepada cloth pad atau organic pad  yang banyak dijual di pasaran sekarang. 
6) Kekal Aktif
  • Jika asyik berkurung di dalam bilik, emosi pesakit akan lebih terganggu dan tertekan. Ini akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.
  • Disarankan untuk sentiasa kekal aktif, keluar menghirup udara segar dan berjumpa rakan-rakan dan keluarga.
  • Bila darah menjadi lancar, endorfin akan dilepaskan dan dapat mengurangkan kesakitan senggugut. 
7) Pil penahan sakit
  • Ada sesetengah wanita yang memang bergantung kepada pil tahan sakit untuk menghilangkan senggugut dengan lebih cepat.
  • Namun, pastikan anda mengambilnya dalam kuantiti yang betul agar tidak memudaratkan diri.

Hilangkan Sengugut Dengan Supplemen Shaklee

Fungsi Set Senggugut Shaklee

1) GLA Complex
  • wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA.
  • Pengambilan GLA tambahan dapat mengurangkan simptom senggugut dan melegakan kesakitan semasa haid
2) Ostematrix
  • Semasa haid, paras kalsium menurun menyebabkan kekejangan pada otot rahim dan perut.
  • Pengambilan ostematrix  dapat meningkatkan keperluan kalsium yang diperlukan
3) B Complex
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan tekanan dan ianya diperlukan oleh kelenjar andrenal
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen dan membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal
  • Vitamin B12 membantu meringankan tekanan dan menghindarkan anemia.

Testimoni Pengguna Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sengugut Shaklee?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge