Tanda-Tanda Penyakit Strok dan Cara Merawatnya

Penyakit strok atau turut dikenali sebagai angin ahmar, sering terjadi di kalangan masyarakat sekeliling kita. Penyakit ini selalunya menyerang golongan yang lebih berusia, namun golongan muda juga berisiko terkena penyakit ini. Jom kita lihat apakah punca kepada terjadinya penyakit strok dan apakah rawatan yang boleh diberikan untuk menyembuhkan penyakit ini.

Apa Itu Strok?

Strok adalah keadaan di mana saluran darah di bahagian otak tersumbat atau pecah sehingga menyebabkan otak gagal berfungsi. Ini menyebabkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak dan jika ia tidak dirawat, boleh menyebabkan sel-sel tisu otak mati.

Jenis-jenis Strok

1. Ischemic Stroke (Strok iskemik)
  • Strok yang paling kerap terjadi, hampir 9 dari 10 pesakit strok menghidapi jenis strok ini.
  • Berpunca dari saluran darah tersumbat
  • Keadaan ini menyebabkan saluran darah menjadi semakin sempit dan keras akibat plak yang terhasil daripada lemak, kolesterol, kalsium dan bahan-bahan lain. Ini menyebabkan darah sukar mengalir ke otak.
2. Haemorrhagic Stroke (Strok Berdarah)
  • Jenis strok ini jarang berlaku tetapi peratus kematian akibat jenis strok ini sangat tinggi.
  • Berpunca dari saluran darah di otak pecah dan berlaku pendarahan.
  • Ini menyebabkan bahagian otak selepas saluran darah tersebut kekurangan oksigen dan menyebabkan sel-sel otak mati dan boleh membawa maut.
3. Strok Mini : Transient Ischeamic Attack (TIA)
  • Strok mini dikatakan sebagai amaran bahawa anda berisiko tinggi untuk mendapat strok iskemik atau strok berdarah.
  • Pesakit yang menghidapi strok ini akan mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota badan.
  • Jika anda atau keluarga menghadapi situasi ini, pastikan anda mengawal tahap darah tinggi anda.
  • Keadaan ini berlaku disebabkan oleh darah terhenti sementara di otak dan kemudian kembali mengalir seperti biasa.

Punca Terjadinya Strok

1. Penyakit kronik

  • seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan obesiti.

2. Cara hidup yang tidak sihat

  • Merokok, kurang bersenam dan minum arak boleh memberi risiko terkena sakit strok

3. Pemakanan yang tidak sihat

  • Makanan yang berminyak, tinggi lemak dan banyak garam boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

4. Faktor risiko yang tidak boleh diubah

  • Umur – semakin berumur, semakin tinggi risiko terkena strok
  • Sejarah sakit kepala disebabkan migrain
  • Sejarah keturunan yang mengalami strok

Simptom-simptom Penyakit Strok

1. Lemah atau lumpuh anggota badan. Selalunya terjadi pada sebelah bahagian badan sahaja.

2. Sukar bercakap dan tidak memahami percakapan orang lain

3. Tidak boleh berjalan dengan seimbang

4. Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba samada sebelah atau kedua-dua belah mata.

5. Sakit kepala yang teruk

6. Lumpuh otot muka

7. Hilang ingatan

8. Sukar untuk menelan makanan.

Namun terdapat beberapa diagnosa (penyakit) lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama, seperti:

  • Sawan
  • Kanser otak
  • Bell palsy
  • Masalah metabolik seperti kekurangan sodium (hyponatremia) atau pun kekurangan gula (hypoglycemia)

Bagaimana Strok Dikenalpasti?

Beberapa penelitian boleh mengenalpasti jenis strok yang dihidapi dan apakah rawatan yang sesuai untuknya. Antara ujian yang sering dijalankan ialah:

  1. Pengukuran tekanan darah
  2. Ujian darah untuk memeriksa kandungan gula dalam darah, gumpalan dan tahap kolesterol
  3. X-ray dada untuk memeriksa masalah jantung atau dada
  4. Elektrokardiogram (ECG) untuk mengukur ritma dan aktiviti jantung
  5. Ekokardiogram, sejenis imbasan jantung untuk memeriksa kemungkinan masalah jantung
  6. Imbasan otak untuk mengenalpasti jenis strok dan mencari kesan-kesan kerosakan
  7. Imbasan ultra-bunyi arteri-arteri karotid untuk memeriksa aliran darah ke otak

Namun, jika anda mengesan tanda-tanda seperti di bawah, segeralah mendapatkan rawatan yang selanjutnya:

Rawatan dan Tips Mengelakkan Strok

1) Rehabilitasi : Terapi percakapan
  • Satu kaedah untuk membantu pesakit strok yang mengalami masalah percakapan.
  • Selain membantu pesakit bercakap dengan sempurna, pakar terapi juga akan membantu pesakit untuk menelan makanan sekiranya mereka menghidapi masalah tersebut. 
2) Terapi Fizikal
  • Strok selalunya akan menyebabkan lumpuh atau lemah otot. Terapi fizikal adalah satu kaedah untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot dengan melakukan latihan aktiviti-aktiviti kecil seperti menulis, memakai butang baju dan sebagainya. 
3) Terapi Komunikasi
  • Kebanyakan pesakit strok akan mengalami gangguan emosi dan tekanan perasaan. Terapi komunikasi adalah satu kaedah di mana pakar psikologi bertindak sebagai kaunselor untuk membantu mereka menghidapi penyakit ini dengan lebih tenang dan bersedia untuk meneruskan kehidupan.
4) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat dan Teratur
  • Selalu bersenam
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan alkohol
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Lebihkan makan oat, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
5) Makan Ubat Yang Diberikan Doktor
  • Pesakit yang berisiko tinggi terhadap strok akan diberikan doktor dengan ubat yang dikenali sebagai “ubat cair darah”
  • Sekiranya pesakit mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut. 

Rawatan Alternatif Strok Menggunakan Vivix Shaklee

Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Strok?

1) Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat di dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.

2) Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA yang rosak, mati dan tidak normal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

3) Vivix mengandungi ramuan 10 kali ganda lebih kuat dari resveratrol (kandungan yang ada dalam anggur Muscadine) yang sangat membantu menguatkan sel dan memanjangkan jangka hayat sel.

4) Vivix membantu menurunkan tahap kolesterol di dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Pengoksidaan ini boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

5. Vivix mengandungi anti-oksidan yang sangat tinggi yang dapat membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Ia diperbuat daripada 4 jenis ramuan yang menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (penjana tenaga) dalam setiap tubuh badan.

6. Ramuan di dalam vivix sangat membantu dalam mengawal tekanan darah, menurunkan paras kolesterol dan membantu mengekalkan berat badan yang ideal.

7. Ekstrak eldelberry di dalamnya membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit kardiovaskular, strok dan serangan jantung. Manakala ekstrak lobak ungu membantu untuk kesihatan salur darah dan platlet yang boleh mengurangkan risiko koronari jantung.

Testimoni Pengguna Vivix

Bagaimana Nak Dapatkan Vivix?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge