Punca Penyakit Kayap dan Cara Merawatnya

Hai semua, ada tak pembaca di sini yang pernah mengalami penyakit kayap? Saya sendiri pernah sekitar tahun 2010 dahulu. Memang sakit rupanya kayap ni. Bermula dengan demam panas, kemudian naik biji-biji berair yang sangatlah gatal. Seminggu yang pertama memang sakit, sehingga ke sendi-sendi tulang. 2 minggu cuti sakit di rumah, berpantang macam orang bersalin. Alhamdulillah habis cuti sakit, penyakit kayap dah sembuh sepenuhnya.

Jadi hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang apa punca yang menyebabkan terjadinya penyakit kayap ini dan bagaimana cara untuk mengubatinya dengan berkesan.

Apa Itu Penyakit Kayap?

Kayap atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Shingles, merupakan jangkitan yang terjadi pada permukaan kulit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster. Virus ini merupakan virus yang sama penyebab kepada penyakit cacar air (chicken pox).

Selepas cacar air pulih, virus ini akan kekal dorman di dalam saraf tubuh badan. Ini bermakna sesiapa yang pernah menghidapi cacar air, beliau sangat-sangat berisiko untuk terkena penyakit kayap.

Selain itu, virus Varicella-zoster ini juga tergolong di dalam kumpulan virus yang dipanggil herpes. Disebabkan itulah kayap juga dikenali sebagai Herpes Zoster. Virus herpes boleh bersembunyi di dalam sistem saraf dan boleh kekal selamanya. Ia hanya menunggu waktu yang sesuai (ketika imun badan di tahap rendah) untuk kembali aktif.

Punca Terjadinya Kayap

Kayap terjadi ketika sistem imun badan menjadi lemah sehingga menyebabkan virus-virus kembali aktif.

Golongan yang sangat berisiko terkena kayap adalah seperti:

  • Orang tua : semakin meningkat umur, tahap imun badan akan menjadi semakin lemah
  • Individu yang menghidap penyakit berkaitan imun seperti HIV dan AIDS
  • Individu di bawah rawatan kanser (kemoterapi dan radioterapi)
  • Tekanan atau trauma : orang yang mengalami tekanan perasaan
  • Pengambilan ubat (immunosupressive drugs)
  • Pesakit yang baru menjalani pemindahan organ
  • Kanak-kanak yang ibunya dijangkiti cacar air di akhir kehamilan

Simptom-simptom Penyakit Kayap

Simptom yang paling biasa adalah kemunculan biji-biji gelembung air seperti melepuh di permukaan kulit (blister). Selain itu, pesakit akan berasa sakit mencucuk-cucuk pada bahagian tertentu kulit.

3 Peringkat Penyakit Kayap

Peringkat 1 – Simptom awal penyakit kayap
  1. Rasa sakit menyucuk, kebas dan gatal-gatal pada bahagian tertentu kulit
  2. Demam urat dan sakit kepala

Simptom-simptom ini selalunya berlarutan dari hari pertama ke hari kelima.

Peringkat 2 – Lepuh (Blister) muncul
  1. Selepas hari ke 5, ruam akan muncul pada bahagian tertentu kulit
  2. Ruam makin membesar, menggelembung dan menjadi lepuh serta mengandungi cecair yang gatal
  3. Ruam mungkin akan naik sekitar muka, mata, mulut, telinga atau badan.
  4. Kadang-kadang, ruam melepuh ini akan bersambung membentuk jalur berisi air pada badan
  5. Lepuh yang baru akan sentiasa muncul dalam tempoh seminggu. 
Peringkat 3 – Kering berkuping
  1. Dalam masa tujuh ke sepuluh hari, lepuh akan beransur-ansur kering dan membentuk keruping dan gugur dari kulit.
  2. Parut-parut kecil akan mula terbentuk, dan ketika ini ruam tidak lagi boleh berjangkit. 
Jangkitan kayap biasanya akan mengambil masa dua ke empat minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Tahukah anda yang kayap ini juga berisiko menjejaskan penglihatan? Ini kerana virus kayap optik boleh menyerang satu saraf oftalmik dan menyebabkan rasa sakit pada mata. Dalam sesetengah kes, kayap boleh menyebabkan pesakit kehilangan penglihatan samada sementara atau pun kekal.

Pantang  Larang Bila Terkena Kayap

1. Elak pakai pakaian yang ketat. Pakaian yang longgar membantu mengurangkan kesakitan akibat geseran pakaian dengan kulit.

2. Jangan pakai pakaian yang basah atau yang berhawa panas (baru diangkat dari ampaian)

3. Jangan menggaru di kawasan terkena kayap kerana dikhuatiri boleh merebak ke bahagian lain. Sapu ubat untuk menghilangkan rasa gatal kayap tersebut.

4. Ketika mandi, gosok bahagian kayap tersebut secara perlahan-lahan dengan sabun untuk memastikan kebersihan pada kawasan kayap.

5. Elakkan makanan yang berbisa dan gatal. Makan makanan berpantang seperti orang bersalin, hanya bakar, rebus atau stim. Elakkan makanan yang berminyak.

6. Jika boleh, elakkan dari mendekati ahli keluarga dan rakan-rakan kerana dikhuatiri menjangkiti mereka.

Bolehkah Penyakit Kayap Berjangkit?

Ya, kayap boleh menjangkiti individu yang sistem imun badannya lemah. Seeloknya elakkan dari berhubung secara terus dengan pesakit kayap buat sementara waktu.

Kaedah Rawatan Penyakit Kayap

Tujuan rawatan adalah untuk:

  • meredakan kesakitan
  • mengurangkan tempoh masa penyakit kayap tersebut
  • mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya “post herpetic neuralgia”

Jenis kaedah rawatan yang digunakan:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembung air
  2. Menggunakan ubat tahan sakit seperti “non steroidal anti-inflammatory drugs” (NSAIDs) seperti “diclofenac”.
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti “amitryptiline”.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembung air muncul dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.

Pesakit yang menghidap kayap di kawasan muka dan berdekatan dengan mata perlu mendapat rawatan doktor dengan segera. Ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi terutamanya mata menjadi buta.

Merawat Penyakit Kayap Dengan Supplemen Shaklee

Oleh kerana kayap berkait rapat dengan sistem imun badan yang lemah, maka supplemen yang terbaik adalah set imun Shaklee. Set ini mengandungi 5 produk iaitu:

Vivix
  • Kaya dengan anto-oksida dan resveratrol. Anti-oksida yang sangat tinggi ini dapat membantu meningkatkan imun tubuh badan seseorang.
  • Ini dapat membantu tubuh melawan penyakit supaya cepat sembuh dan mengelak berlakunya serangan ulangan dalam jangka masa yang panjang.
Nutriferon
  • Penyakit kayap adalah disebabkan serangan virus yang sedia ada di dalam tubuh. Virus ini menjadi kembali aktif disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah.
  • Nutriferon bertindak dengan meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan sekaligus memantapkan kembali sistem imun badan.
SR Vita-C Plus
  • Mengandungi anti-oksida yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan pertahanan tubuh badan seseorang
  • Dapat membantu pesakit kayap untuk sembuh dengan lebih cepat dan mengelakkan jangkitan berulang
  • Menggalakkan sintesis kolagen yang membantu menstruktur semula kulit yang sihat. Ia juga amat sesuai untuk merawat luka dan parut.

Kebanyakan pesakit yang telah sembuh dari kayap akan mengalami sengal-sengal dan sakit saraf.  Suplemen yang terbaik untuk saraf adalah:

B Complex
  • Bagus untuk kesihatan saraf dan memberi kesan penenang semulajadi kepada pesakit.
  • Membantu pesakit kayap yang mengalami masalah demam urat dan sakit-sakit badan (lenguh, kebas dan kejang)
Lecithin
  • Lecithin dikatakan sebagai makan untuk otak dan saraf. Ia sangat sesuai untuk pesakit kayap kerana kayap berkait rapat dengan sistem saraf.

Testimoni Pengguna

 

Bagaimana Nak Dapatkan Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge