Masalah Kulit Bayi dan Tips Memilih Set Penjagaan Kulit

Anak adalah anugerah Tuhan yang sangat dinantikan oleh setiap ibu bapa. Namun kadang kala ibu bapa diuji dengan kesihatan anak-anak dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Salah satu masalah yang sering terjadi pada bayi adalah masalah kulit, oleh itu setiap produk yang digunapakai perlulah yang benar-benar sesuai dengan kulitnya. Di sini saya ingin kongsikan tentang 8 jenis masalah kulit bayi dan tips memilih set penjagaan kulit yang terbaik untuk bayi anda.

 

8 Jenis Masalah Kulit Bayi

1) Ruam lampin

  • Ruam lampin adalah masalah kulit yang paling biasa pada bayi. Keadaan ini menyebabkan kulit menjadi merah berkilat dan gatal-gatal di sekitar punggung.
  • Penyebab utama adalah kerana lampin yang basah atau jarang menukar lampin. Geseran antara kulit dengan kain lampin juga boleh menyebabkan ruam terjadi.

2) Jerawat

  • Jerawat pada bayi biasanya muncul di pipi, hidung atau dahi dalam tempoh sebulan kelahiran.
  • Jerawat ini boleh hilang dengan sendirinya selepas 3 atau 4 bulan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang kerana jerawat ini hanya muncul buat sementara waktu.

3) Ekzema

  • Ekzema termasuk di dalam masalah kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi. Ekzema akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering, merah dan gatal. Biasanya ekzema akan muncul di muka, siku, dada atau pun lengan bayi.
  • Masalah ekzema biasanya disebabkan oleh reaksi alahan terhadap sabun, losyen, atau pun sabun pencuci¬† pakaian bayi anda.

4) Kulit Kering

  • Ada sesetengah bayi yang kulitnya kering hingga bersisik dan mengelupas.
  • Terdapat banyak sebab kenapa ia terjadi seperti suhu persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk sehingga menyebabkan kulit kehilangan cecair. Selain itu, bermain air terlalu lama dan jenis sabun mandian juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

5) Panas berdebar-debar

  • Keadaan ini akan menyebebabkan kulit bayi kelihatan bintik-bintik merah dan gatal-gatal.
  • Biasanya, haba panas terjadi di kawasan yang ditutup pakaian atau lipatan kulit, seperti di bahagian belakang, leher, pada lipatan dan lain-lain.

6) Kulit berkerak

  • Ini adalah keadaan di mana ruam merah yang muncul di kulit kepala bayi berubah menjadi kerak berminyak dan berwarna kekuningan dan kering. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seborrheic, dan biasanya berlaku dalam tempoh usia 3 bulan pertama.
  • Selain kulit kepala, kerak kekuningan ini juga boleh terjadi di muka, telinga dan leher.

7) Gegata

  • Gegata adalah penyebab kulit gatal yang berbentuk tompokan merah yang luas dan boleh merebak ke merata tempat. Dalam bahasa sains ia disebut Urticaria. Gegata boleh menyerang bahagian muka, badan, lengan dan kaki.
  • Gegata selalunya terjadi disebabkan tidak balas dari alahan makanan seperti telur dan susu. Ia juga boleh terjadi akibat daripada peluh terhadap kulit.

8) Milia

  • Hampir separuh dari bayi yang baru lahir akan mengalami bintik-bintik putih kecil di wajah yang disebut sebagai milia. Keadaan ini tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendirinya selepas beberapa bulan.

Tips Memilih Set Penjagaan Kulit Yang Selamat Untuk Bayi

1) Wangian Semulajadi

  • Bau yang harum sememangnya menjadi tarikan untuk ibu bapa. Namun tahukah anda bahawa pewangi atau bahan kimia yang digunakan boleh menyebabkan kegatalan, alahan atau ekzema kepada bayi anda.
  • Pastikan anda memilih set mandian yang mempunyai wangian semulajadi seperti minyak essential.

2) Bebas Paraben

  • Paraben adalah sejenis bahan pengawet yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu produk, samada produk penjagaan diri, kosmetik dan ubat-ubatan.
  • Tetapi kandungan paraben sangat berbahaya terhadap bayi kerana boleh mengganggu sistem endokrin yang berhubung kait dengan hormon badan.
  • Ia boleh menyebabkan kulit gatal, akil baligh awal dan juga kemandulan.

3) Elakkan pengunaan Talkum

  • Kebiasaanya bedak talkum akan disapukan ke badan bayi selepas mandi. Namun menurut Dr Jennifer Lowry, Pakar Kanak-kanak di Kansas City, Missouri, ibu bapa dinasihatkan tidak menyapu bedak talkum kepada bayi kerana bimbang akan menyebabkan sistem pernafasan bayi terganggu.

4) Mineral Oil Semulajadi

  • Penggunaan mineral oil akan menutup permukaan kulit bayi dan mengekalkan kelembapannya. Namun ianya boleh bertindak sebagai “plastic wrap” yang boleh menghalang dan mengganggu proses kulit berpeluh.
  • Disarankan ibu bapa untuk memilih minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu untuk bayi.

5) Bebas Triclosan

  • Triclosan digunakan sebagai bahan pembunuh bakteria di dalam sesuatu produk. Kebanyakan produk ini akan ditanda sebagai produk anti bakteria.
  • Namun bahan ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada bayi kerana akan mengganggu hormon di dalam badan. Selain itu ia juga boleh meyebabkan kulit menjadi kering dan gatal.

6) Bebas Proplyene Glycol

  • Proplyene glycol adalah bahan kimia yang bertidak membuka liang roma untuk menyerap bahan kimia lain ke dalam tubuh badan.
  • Ia berisiko menyebabkan kegatalan kepada kulit.

Inilah dia 6 tips yang anda boleh jadikan rujukan ketika membeli produk penjagaan kulit untuk si manja anda. Pilihlah produk yang betul-betul selamat dan semulajadi untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kulit dan badan bayi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Penjagaan Kulit Bayi yang  dihasilkan dari BAHAN ORGANIK, SEMULAJADI SERTA BEBAS DARI BAHAN KIMIA BERBAHAYA, klik sahaja SET PENJAGAAN KULIT BAYI TERBAIK. Atau anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge