Tips Dapatkan Kulit Yang Tegang dan Anjal

Siapa kat sini yang nakkan kulit tegang dan anjal? Saya yakin, pasti semua nakkan. Tapi masalahnya sekarang, banyak masalah kulit yang boleh menghalang impian kita tu..dan salah satunya ialah kedutan dan kenduran. Kulit yang berkedut dan mengendur ni bukan sahaja mengganggu penampilan, malah boleh membuatkan seseorang itu rendah diri terutamanya jika dia masih di usia yang muda.

Oleh itu, di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua apa punca kulit berkedut dan mengendur serta bagaimana cara untuk mengatasinya.

Punca Utama Kulit Kedut & Kendur

Sebelum itu, kita perhatikan dulu struktur kulit bagi peringkat usia manusia. Secara asasnya, kulit kita memerlukan fiber kolagen untuk sentiasa tegang dan cantik. Namun begitu, semakin kita tua, penghasilan kolagen di dalam badan juga makin berkurangan. Dan inilah punca utama kenapa kulit sudah mula berkedut dan mengendur terutamanya di kawasan muka.

Selain punca kolagen, terdapat beberapa faktor lain juga yang menyebabkan kulit kedut dan kendur.

Punca Sampingan

1) Terdedah lama pada sinaran UV

  • Jika seseorang itu sering terdedah kepada sinaran UV secara langsung dan tempoh yang lama, kulit akan mula menjadi kering dan menyebabkan kedutan di kawasan mata dan pipi.
  • Anda perlu pastikan memakai krim pelindung matahari (sunblock) jika perlu berada di kawasan luar dan terdedah kepada cahaya matahari.

2) Penjagaan wajah yang tidak sesuai

  • Kebanyakan barangan penjagaan wajah yang dijual di pasaran mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan berkedut.
  • Sebelum membeli set wajah, pastikan ianya diyakini selamat dan paling penting, bebas dari bahan kimia yang merbahaya.

3) Kurang minum air

  • Selain tubuh badan, kulit juga memerlukan air yang mencukupi untuk sentiasa kekal sihat dan cantik.
  • Jika kulit kekurangan air, ia akan menjadi kering dan lama-kelamaan akan timbul garis-garis halus kedutan di wajah anda.

4) Diet pemakanan yang tidak seimbang

  • Apabila anda sedang berdiet, pastikan kadar nutrisi yang diambil masih mencukupi untuk tubuh badan.
  • Diet yang ektreme bukan sekadar menyebabkan badan menjadi lemah, malah akan memberiĀ  kesan yang negatif terhadap kulit di wajah dan badan.

5) Pergerakan di wajah

  • Tabiat selalu tersenyum dan bersedih turut memberi kesan kepada struktur kulit. Jika keterlaluan, garisan-garisan halus akan mula timbul terutamanya di kawasan bibir.

6) Tabiat merokok

  • Merokok bukan sekadar merbahaya kepada jantung, malah boleh memberi kesan negatif kepada kulit wajah.
  • Ini kerana tabiat merokok akan menghalang pengaliran darah ke tubuh badan secara lancar dan seterusnya akan menyebabkan timbulnya kedutan di wajah anda.

7) Kurang rehat

  • Ketika anda berehat terutamanya di waktu malam, sel-sel kulit yang rosak akan dibaiki dan diperbaharui semula dan sel kolagen yang baru juga akan terbentuk.
  • Jadi, jika tubuh badan kurang rehat, maka aktiviti di atas tidak dapat berfungsi dengan lancar.

8) Pengambilan kafein yang berlebihan

  • Jika anda sering mengambil kafein secara berlebihan, kulit anda akan lebih berisiko untuk mudah berkedut.
  • Sebaiknya lebihkan pengambilan makanan yang kaya dengan anti-oksida seperti Vivix dan kaya kolagen seperti Collagen Powder.

Tips Mendapatkan Kulit Yang Tegang dan Anjal

1) Selalu bersenam

  • Bersenam dapat meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen serta nutrien kepada sel-sel kulit
  • Selain itu, ia juga membantu menyingkirkan radikal-radikal bebas yang terdapat di dalam badan. Ini akan membuatkan kulit menjadi lebih segar dan sihat.

2) Minum air kosong secukupnya

  • Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Ini penting untuk menyingkirkan toksin-toksin jahat dari tubuh anda.
  • Kulit yang mendapat bekalan air mencukupi akan sentiasa kekal lembap dan cantik.

3) Banyakkan makan buah-buahan

  • Terdapat banyak buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C yang diperlukan oleh kulit.
  • Ini termasuklah epal, oren, tembikai, lobak merah dan nenas.

4) Masker timun

  • Timun dipercayai dapat mencegah kedutan serta membekalkan kolagen kepada kulit.
  • Caranya, kisar separuh biji timun dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk. Ulang langkah ini setiap hari.

5) Masker putih telur

  • Putih telur mempunyai khasiat untuk menyerikan wajah dan mengelakkan penuaan.
  • Caranya, pukul sebiji putih telur sehingga berbuih dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga ia kering kemudian bilas dengan air.

6) Dapatkan rehat yang mencukupi

  • Pastikan badan mendapat tidur yang mencukupi, iaitu 6-8 jam sehari.
  • Ini penting untuk membolehkan badan berehat dan memperbaiki sel-sel di dalam badan.

7) Ambil supplemen dan set penjagaan wajah yang bersesuaian

  • Supplemen yang sesuai dapat membantu mengisi kekosongan nutrien di dalam pemakanan.
  • Penggunaan set penjagaan wajah yang betul turut membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan anjal.

Kulit Anjal dan Tegang Dengan Set Radiant 4 & Youth Skincare

Di Shaklee, penjagaan wajah terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu penjagaan dalaman (vitamin) dan penjagaan luaran (set skincare).

Penjagaan Dalaman – Set Radiant 4

Set ini mengandungi 4 jenis vitamin yang sangat penting untuk penjagaan kulit.

Set ini bertindak melalui 4 tindakbalas iaitu :

1) Built (Bina) – ESP membina kulit yang sihat

2) Firm (Anjal) – Collagen Powder akan memberikan keanjalan pada kulit

3) Protection (Perlindungan) – Vitamin C akan bertindak sebagai pelindung dari radikal-radikal bebas

4) Moisturizer (Kelembapan) – GLA Complex akan memberi kelembapan pada kulit wajah

ESP
  • Membekalkan asid amino yang sangat penting di dalam kulit
  • Menyokong pengeluaran sel kulit baru yang lebih sihat
  • Memulih dan memperbaiki sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV
Collagen Powder
  • Menganjalkan kulit dan menghalang dari berkedut dan kendur
  • Membantu tubuh mengisi kekurangan kolagen akibat peningkatan usia
Vitamin C
  • Mengurangkan keduta, melegakan kulit yang kasar dan kering
  • Mengalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
GLA Complex
  • Mengandungi asid lemak (Gamma-Linolenic) yang penting untuk kulit
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Menurangkan rasa gatal dan kulit bersisik serta melawan keradangan.

Penjagaan Luaran : Set Youth Skincare

Mengandungi 6 produk yang lengkap di dalam set premium.

1) Luminous Gel Oil Cleanser
  • Tidak mengandungi sabun, pH seimbang dan mengandungi campuran vitamin yang telah dipatenkan.
  • Pencuci ini dapat membersihkan dengan lembut, serta mempersiapkan kulit wajah untuk langkah seterusnya
2) Perfecting Skin Toner
  • Mengandungi campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang dipatenkan
  • Membersihkan kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit wajah
3) Youth Activating Serum
  • Mengandungi campuran vitamin, polifenol dan Youth Complex yang berkesan
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, menjadikan kulit lebih muda dan berseri.
4) Age Defense Moisturizer – SPF 50
  • Mengandungi vitaminĀ  dan nutrien botani untuk melembapkan kulit dan menambahbaik penampilan kulit secara menyeluruh.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV dengan pelindung matahari berspektrum SPF50 UVA/UVB
5) Advanced Renewal Night Cream
  • Mengandungi ekstrak alga marin, muscadine grape dan lotus japonicus serta anti-oksida.
  • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa sedang tidur.
6) Radiance C+E
  • Mengandungi 20% vitamin C tulen dan Vitamin E serta ekstrak sel raspberi
  • Membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garis halus dan kedutan.

Testimoni Pengguna Set Radiant 4 Shaklee

Testimoni Pengguna Set Youth Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Kedua-dua Set Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

SET RADIANT 4

 

SET YOUTH SKINCARE

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge