Tips Hilangkan Kedutan di Bawah Mata Dengan Mudah

Betul tak kalau saya katakan, kedutan di bawah mata adalah benda pertama yang merisaukan apabila usia semakin meningkat? Kedutan ini boleh muncul dengan tiba-tiba dan menyebabkan usia kita tampak makin tua. Jadi, di sini saya akan kongsikan tips-tips mudah bagaimana cara menghilangkan kedutan serta garis-garis halus di sekitar mata.

Kenapa Kedutan Ini Terjadi?

Kedutan ini terjadi disebabkan badan kita semakin kekurangan kolagen serta protein yang penting untuk keanjalan dan ketegangan kulit. Pada asalnya, hanya garis-garis halus yang terbentuk, namun lama kelamaan ia akan menjadi lebih ketara sehingga menjadi kedutan.

Punca Terjadinya Kedutan dan Garis-garis Halus

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan perkara ini terjadi iaitu:

1) Proses Penuaan

Punca utama terjadinya kedutan adalah disebabkan penuaan. Monopause adalah salah satu penyumbang kepada perkara ini kerana badan kekurangan estrogen yang memberi kesan kepada kolagen dan keanjalan kulit.

Kolagen adalah sangat penting untuk memastikan kulit kita sentiasa tegang dan muda. Namun semakin usia meningkat, penghasilan kolagen makin berkurangan menyebabkan kedutan mudah terbentuk.

2) Tabiat Merokok

Merokok bukan sekadar menjejaskan kesihatan, namun turut memberi kesan negatif terhadap kecantikan kulit. Merokok yang berterusan boleh menyebabkan saluran darah semakin sempit sehingga mengganggu pengaliran darah yang sempurna dan menjadikan kulit pucat dan tidak bermaya.

3) Pendedahan Cahaya Matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari secara terus perlu dielakkan sama sekali. Sinaran UV yang merbahaya dipanggil Radikal Bebas boleh menyebabkan kulit menjadi sunburn dan semakin menipis, yang menjadi penyebab kepada kedutan.

Pakai cermin mata yang bersesuaian, topi yang besar dan sunscreen yang mencukupi. Elakkan terdedah kepada matahari jika tidak perlu.

4) Penjagaan Kulit Muka Yang Tidak Sempurna

Kulit muka yang kering akan menyebabkan ia lebih mudah berkedut. Pastikan kulit dijaga dengan rapi dan sentiasa lembap. Penggunaan serum kulit dan mata sangat disyorkan untuk membantu mengurangkan masalah kedutan ini.

5) Amalan Pemakanan

Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan pada lewat malam boleh menyumbang kepada kerosakan kulit muka.

Untuk memastikan kulit sentiasa sihat, banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang kaya dengan antioksida, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Lemak Omega 3. Pastikan juga anda meminum air yang secukupnya untuk memastikan badan tidak dehydrated.

6) Faktor Keturunan

Faktor keturunan atau genetik juga turut menyumbang kepada terjadinya kedutan di sekitar mata.

Tips Hilangkan Kedutan Bawah Mata Secara Alami

1) Masker Putih Telur

Putih telur mempunyai banyak kebaikan kerana mengandungi protein dan vitamin yang membantu melindungi kulit dan menjadikan ia lebih tegang dan anjal.

Bahan-bahan: Putih telur, madu dan susu

Cara-caranya : Asingkan putih telur dan masukkan dalam mangkuk. Campurkan 1 sudu teh susu dan beberapa titik madu. Sapukan di bahagian bawah mata dan biarkan ia kering selama 20 ke 25 minit. Bilas menggunakan air suam.

2) Timun, Pudina dan Air Mawar

Timun dan air mawar boleh melembapkan kulit mata serta menjadikan ia lebih bermaya. Ia kurang berkesan untuk masalah kedutan tapi sangat sesuai untuk menghilangkan garis halus yang terjadi disebabkan kulit kering.

Bahan-bahan : Separuh timun, 30 ml air mawar, daun pudina, tisu muka dan plastik

Cara- caranya : Kisar timun, daun pudina dan air mawar. Ambil tisu muka dan rendamkan ke dalam jus tersebut. Perah sehingga kering dan lekapkan di bawah mata. Anda tidak perlu bilas. Simpan lebihan jus tadi di dalam bekas plastik dan bekukan di dalam peti ais.

3) Masker Vitamin C dan Yogurt

Yogurt membantu menghilangkan kedut kerana mengandungi asid laktik yang melembapkan dan memperbaharui kulit. Vitamin  C membantu penghasilan kolagen yang penting untuk keanjalan kulit, manakala aloe vera sangat baik untuk melembapkan kulit.

Bahan-bahan : 4 sudu teh yogurt asli, 2 sudu teh serbuk vitamin C, 1 sudu teh gel aloe vera asli.

Cara- caranya: Campurkan kesemua bahan dan biarkan selama 10 minit. Sapu campuran tersebut di bawah mata

Hilangkan Kedutan dan Garis Halus Dengan Youth Eye Treatment

Produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap.Ianya bukan sekadar untuk mata!

  • Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow’s feet dalam tempoh masa seawal 7 hari.
  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam.
  • Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat.
  • Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut.

Testimoni Youth Eye Treatment

Macamana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge