Punca Penyakit Vertigo Dan Cara Merawatnya

Hai semua..pernahkah anda tiba-tiba berasa pening dan berpusing-pusing? Keadaan ini boleh terjadi ketika kita duduk, baring atau pun ketika sedang berdiri. Jika anda pernah merasai keadaan ini, bermakna anda telah diserang penyakit VERTIGO. Pernah dengar tentang vertigo? Jika belum, saya akan kongsikan dengan anda apakah maksud vertigo, punca serta rawatan untuk menghilangkannya.

Maksud Vertigo

Vertigo bermaksud keadaan di mana seseorang itu berasa pening yang luar biasa dan seolah-olah keadaan di sekelilingnya berpusing-pusing. Ia seakan anda baru selesai menaiki permainan roller coaster atau ketika sedang alami mabuk laut. Keadaan ini selalunya berlarutan selama beberapa minit malahan ada yang sehingga berhari-hari.

Punca Terjadinya Vertigo

Punca utama penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan telinga samada di dalam atau pun di luar. Terdapat 3 jenis jangkitan yang boleh terjadi, iaitu:

1) Benign Paroxysmal Postional Vertigo (BPPV)
  • Keadaan ini berlaku apabila kalsium terbentuk di dalam saluran telinga.
  • Ia akan menyebabkan pesakit berasa pening sekejap dalam tempoh 20 saat ke 1 minit.
  • Ianya dibawa oleh trauma ke kepala atau dengan menggerakkan kepala dalam keadaan tertentu. 
2) Neuritis Vestibular
  • Keadaan ini adalah disebabkan jangkitan di dalam telinga yang menyebabkan keradangan di sekitar saraf yang membantu keseimbangan badan.
  • Jangkitan ini boleh menyebabkan vertigo yang teruk dan boleh berlanjutan selama sehari atau lebih. Dan jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit berisiko kehilangan pendengaran. 
3) Meniere
  • Jangkitan yang disebabkan oleh penumpukan bendalir dan tekanan pada telinga dalam dan boleh menyebabkan pesakit berasa pening dan berdesing di telinga. 

Selain dari 3 punca utama di atas, vertigo juga boleh terjadi disebabkan punca lain namun ianya jarang berlaku, iaitu:

  • Kecederaan otak
  • Kecederaan kepala
  • Migrain

Tanda-tanda Penyakit Vertigo:

  1. Berasa pening dan berpusing-pusing
  2. Telinga berdesing
  3. Nadi berdenyut lebih laju
  4. Badan menjadi tidak stabil, melayang-layang dan mata berpinar
  5. Pandangan kabur, berasa mual dan loya
  6. Rasa berdebar-debar
  7. Pergerakan mata yang tidak normal
  8. Badan berpeluh walaupun dalam keadaan rehat
  9. Tidak mampu berjalan lurus
  10. Petunjuk bahawa fungsi dalaman telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak

Petua dan Cara Mengurangkan Vertigo

1) Pengambilan Vitamin D
  • sesuai untuk pesakit yang disahkan jangkitan vertigo paraxysmal
  • dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan Vitamin D
2) Rawatan Herba
  • rawatan menggunakan halia, ketumbar dan ginkgo biloba dipercayai dapat mengurangkan gejala vertigo.
3) Akupuntur
  • rawatan ini boleh memberi bantuan untuk beberapa jenis vertigo

4) Elakkan pengambilan makanan atau minuman yang boleh menjejaskan pergerakan seperti kafein, tembakau dan alkohol.

5) Minum banyak air kosong. Selain itu anda boleh mengamalkan peppermint, halia dan lavender sebagai ikhtiar tambahan.

Rawat Vertigo Menggunakan Vivix Shaklee

Bagaimana Vivix membantu merawat vertigo?
  • Vivix adalah sejenid tonik yang dirumuskan secara teliti untuk membantu memulihkan kesihatan tubuh badan sehingga ke peringkat sel.
  • Kajian makmal menunjukkan bahawa ramuan utama vivix mampu membaik pulih dan melindungi sel-sel sehingga peringkat DNA.
  • Ramuan utama vivix juga mampu melindungi tubuh daripada tindak balas keradangan yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan tubuh menjadi lebih tua dari usia sebenar.
  • Ujian klinikal juga menunjukkan bahawa tindak balas vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang boleh merosakkan sel-sel badan.

Testimoni Pengguna Vivix

Bagaimana Untuk Mendapatkan Vivix?

Untuk mendapatkan terus melalui pembelian menggunakan Kad Kredit / Debit, sila klik butang di bawah:

Untuk info lanjut dan konsultasi percuma, sila hubungi saya di:

Hamidah

Call/ SMS/ Whatsapp : 013-5883810

Facebook : Hamidah Ahmad

FB Page : Kedai Vitamin Ummi

Instagram : Vitamin.Ummizara

Blog : vitamin-ummizara.blogspot

 

 

Pengedar Shaklee Perak

Kawasan COD : Taiping, Kamunting, Simpang, Trong, Selinsing, Semanggol, Bukit Merah dan Bagan Serai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge